loading...
  • Breaking News

    Thursday, January 24, 2019

    'Diorang buang mayat abang aku dalam lombong' - Adik dakwa abangnya dibunuh selepas dompet, handphone disamun


    Mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh ditemui terapung dalam kolam ikan di Persiaran Kanthan 1, Kanthan Baru, Ipoh, jam 12.20 tengah hari semalam. 

    Muhammad Azizul Roslan, 24, keluar dari rumah keluarganya jam 1.30 tengah hari Selasa ke lokasi kejadian untuk memancing sebelum mayatnya ditemui empat meter dari kawasan tebing kolam tersebut, tengah hari Rabu. 

    Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, terdapat kesan jerutan pada leher mangsa dan kesan kecederaan di beberapa bahagian kepala termasuk lebam di mata kiri dan pipi serta telinga kiri. 

    Motosikal mangsa turut ditemui di lokasi kejadian. 

    Sementara itu, adik mangsa, Sahirman Roslan, mendakwa abangnya telah disamun sebelum dibunuh dan mayatnya dicampak ke dalam kolam itu. 

    "Dia disamun masa memancing di lombong semalam. Kemudian bergelut atau bergaduh. Pastu diorang buang mayat abang aku dalam lombong. 

    "Mayatnya baru jumpa tengah hari tadi. Kami sekeluarga takkan maafkan orang yang punya angkara. Al-Fatihan untuk abang aku," tulisnya di Twitter. 



    Menurut Sahirman, pada hari kejadian abangnya memang pergi memancing seorang diri dan dia percaya abangnya telah disamun berdasarkan dompet dan telefon bimbit abangnya yang hilang. 

    "Dia memancing seorang. Yang jadikan kes samun sebab dompet dan handphonenya hilang. Barang pancing dia berterabur. Selipar jauh dari mayat yang menunjukkan dia bergelut. 

    "Joran dia patah empat. Nampak macam dia cuba mempertahankan diri. Kemungkinan dia mati di darat dan diorang letak mayatnya dalam air. 

    "Kita doakan agar abang saya ditempatkan di kalangan orang beriman dan semogap elaku itu dapat diberkas secepat mungkin," tulisnya. 



    from The Reporter http://bit.ly/2AXK0YQ
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment