loading...
  • Breaking News

    Monday, May 20, 2019

    Ibu hamil tuntut cerai kerana mahu hidup bersama kekasih dikenali dari PUBG


    Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun baru-baru ini menghubungi talian bantuan Abhayam 181 dan menyuarakan hasratnya untuk bercerai dengan suaminya agar dia dapat hidup bersama lelaki yang dikenalinya dari permainan PUBG. 

    Menurut jurucakap talian Abhayam-181, remaja berkenaan berkahwin dengan kontraktor pembinaan bangunan dan merupakan pemain tegar permainan itu, serta sering menghabiskan banyak masanya untuk bermain dengan lelaki itu. 

    Difahamkan, remaja itu hamil dan bakal melahirkan bayi perempuan.

    Abhayam kemudian segera menghantar pasukan kaunseling ke rumah remaja itu dan berbincang dengan keluarganya berhubung masalah tersebut.

    Siasatan mendapati, ketagihan remaja itu terhadap PUBG telah menimbulkan masalah antara dia dan keluarganya. 

    Pegawai Abhayam kemudian menasihatkan remaja itu mempertimbangkan semula keputusan dan ditawarkan untuk ditempatkan di pusat pemulihan di Ahmedabad. Malangnya, dia enggan kerana pusat itu tidak membenarkan dia menggunakan telefon bimbit.



    from The Reporter http://bit.ly/2JvXAbI
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment