Pemergian pengasas Dnars, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad akibat kemalangan baru-baru ini benar-benar memberikan kesan kepada rakan-rakan industri dan orang ramai. Selepas pemergiannya, banyak cerita mengenai kebaikan arwah yang dikongsikan di media sosial.
Sungguh tidak menyangka, begitu banyak kerja-kerja amal yang dilakukan oleh arwah. Ini termasuk dalam menjaga kebajikan para pekerjanya sendiri seperti yang diceritakan oleh Mohd Zaid Ismail.
MENYANTUNI majlis arwah faunder Dnars. Duduk dan dengar banyak cerita yang boleh buat pedoman. Saya dengar satu persatu cerita yang menginfaqkan hartanya begitu banyak.
Driver beliau dibelikan rumah semi-detached berharga RM300,000. Bibik diberinya RM50,000 dan di saat dia menghampiri mautnya, beliau berjumpa dengan ustaz pondok di Raub ditanya apa perlu dibuat. Ustaz berkata, infaqkan harta ke jalan Allah. Semua staff dia dihantar pergi mengerjakan umrah.
Dan beliau pernah mengislamkan bibik Filipina di mana bibiknya tertarik masuk agama islam dengan beliau menunjukkan keindahan Islam berkasih sayang. Rumah bibik dibina dengan penuh mewah, tiada tara baginya.
Perjalanannya untuk memberi zakat pada pondok Thailand sudah dikira syahid dan jenazahnya Allah mudahkan kerana prosedur Thailand apabila berlaku kemalangan, bukan senang untuk selesaikan.
Terlalu banyak kisah saya nak ceritakan. Secara pendeknya, beliau adalah Khadijah akhir zaman. Dan dari penelitian saya, Allahyarham sangat menitik berat tentang sedekah. Sampaikan saya tanya pada pekerjaya yang membungkus kotak dikenali sebagai Abe Mi.
"Lama dah Abe Mi kerja?" tanya saya.
Dia cakap, tidak kerja hanya berkhidmat sebagai anak beranak, tiada darjat yang dibuat sama sahaja. Bila Allahyarham pergi ke Thailand, dia akan membeli kuih untuk Abe Mi walaupun pembungkus kotak menjana pendapatan RM3,000.
Dalam puasa sahaja, dua kali mengerjakan umrah. Allahu.
Sedekah Al-Fatihah kepada Allahyarham Faziani Rohban Ahmad. Beliau jasanya, kalau dia hidup lagi banyak dia infaqkan. Itu sudah tertulis kebaikannya. Ameen.
Sumber: Mohd Zaid Ismail
from The Reporter http://bit.ly/2YB2is1
via IFTTT
No comments:
Post a Comment