Video yang dimuat naik oleh Eiz Hafeiz di Facebooknya telah ditonton lebih 268,000 kali dan dikongsi lebih 7,456 kali mengundang pelbagai reaksi netizen.
Menurut Eiz, kejadian itu berlaku kondominiumnya yang terletak di Taman Sungai Besi.
"Lelaki ini telah membawa anjing ke kawasan lobi kondo kami di Taman Sungai Besi yang memang dilarang. Bukan sahaja dalam house rules tetapi juga dalam undang-undang kerajaan tempatan.
"Bukan setakat tidak mematuhi undang-undang tetapi perbuatan dia jelas tidak menjaga sensitiviti umat Islam dan juga kepada orang lain yang mempunyai alahan atau fobia terhadap haiwan yang turut sama menggunakan lobi tersebut.
"Cara dia bercakap dengan pengawal keselamatan yang cuba menghalang perbuatan dia adalah sangat biadab dan tidak bertamadun. Perbuatan dia bukan sahaja dikecam oleh penduduk Islam di kondo tersebut, tetapi turut dikutuk oleh penduduk-penduduk bukan Islam yang lain.
"Mohon viralkan perangai orang macam ni," tulisnya.
Berdasarkan perbualan dalam video:
"Bullshit! Ada gigit?! Ada gigit or not?! You punya gaji, saya bayar tau!! Who the f**k are you want to tell owner to do nothing ha?! You punya gaji saya bayar, you diam tau," katanya.
"Tapi rules memang sudah ditetapkan macam ni," balas pengawal keselamatan.
"F**k your rules!
"Jangan marah saya," kata pengawal keselamatan.
"I marah sebab you bodoh! Tuhan bagi you otak, tapi you tak guna otak! Don't f**k around with me bro. You f**k around with me on wrong day! F**k your rules!" tempik lelaki itu lagi.
from The Reporter http://bit.ly/2WYBZeU
via IFTTT
No comments:
Post a Comment