loading...
  • Breaking News

    Wednesday, May 22, 2019

    'Lebih 22 tahun berkhidmat tapi gaji pokok posmen tak sampai RM2,000, seolah-olah dilayan macam bangla!'


    Viral di media sosial luahan seorang individu yang berkongsi mengenai nasib pekerja Pos Malaysia yang didakwa tidak diberi layanan yang sepatutnya. 

    Dilantik sejak 1997 hingga kini, namun gaji pokok yang diterima oleh posmen berkenaan hanya RM1,848.00. Setelah dicampur dengan elaun, RM2,403. Ditolak dengan beberapa potongan bulanan, jumlah yang tinggal hanya RM1,120+. 


    SAYA sempat bersembang dengan seorang kakitangan Pos Malaysia (posmen). Dia sudah berkhidmat lebih daripada 22 tahun. 

    Apa yang saya sedih ialah apabila syarikat yang besar dan ternama melayan kakitangan seolah-olah macam pekerja BANGLA! 





    Bayangkan, 22 tahun perkhidmatan beliau ini yang banyak memberi faedah kepada sebuah syarikat, takkan selama lebih 22 tahun, basic (pendapatan) tak sampai RM2,000???

    Memang kakitangan banyak berhutang, sebab nak menanggung anak bini, nak bagi tempat berteduh. Bukan kira tak bersyukur, tetapi macam tak adil pihak atasan senang-senang (dapat) bonus 4/5 bulan basic, sampai beribu-ribu. 

    (Kakitangan) yang bawahan?? Ada yang tak dapat, malah kena buat pinjaman lagi. Mana hati perut pihak atasan macam ni?




    Dengar cerita, setiap tahun bonus semakin menurun berbanding tahun sebelumnya. Tahun ini adalah tahun paling mencabar apabila dikhabarkan Pos Malaysia (mengalami) kerugian berjuta ringgit. 

    Kepada Kerajaan Malaysia, (Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo) sila pantau syarikat Pos Malaysia sekiranya ada isu yang tidak diingini. 

    Sumber: Hakimi Mohd


    from The Reporter http://bit.ly/2EqWkCr
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment