Anak derhaka! Seorang lelaki berusia 28 tahun didakwa merogol ibu kandungnya sendiri selepas pulang dari berhibur di kelab malam, lapor Mirror.
Menurut laporan itu, suspek didakwa mengheret ibunya berusia 50 tahun pada jam 7 petang, dari jalan raya dan melakukan perbuatan keji itu di Eastern Cape, Afrika Selatan, Jumaat lalu.
Mangsa sebelum itu sedang berjalan kaki pulang ke rumahnya sebelum dihampiri suspek.
Jurucakap polis, Kapten Jackson Manatha berkata, "Dia dalam perjalanan pulang ke rumah. Mangsa terdengar ada bunyi tapak kaki di belakangnya. Dia meneruskan perjalanan dan secara tiba-tiba ada individu yang menariknya dari belakang.
"Dia diseret jauh dari jalan raya sebelum dirogol oleh suspek.
"Perbuatan suspek itu sungguh tidak dapat diterima akal, sedangkan dia sepatutnya melindungi ibunya," katanya.
Lapor News 24, mangsa mengenal pasti suspek kejadian itu adalah anak lelakinya sendiri.
Suspek akan didakwa di mahkamah hari ini.
from The Reporter http://bit.ly/2WcaPjq
via IFTTT
No comments:
Post a Comment