loading...
  • Breaking News

    Wednesday, June 26, 2019

    Ibu kepada pelajar dirotan sampai berbirat tarik balik laporan, polis tetap teruskan siasatan


    Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, ibu kepada pelajar perempuan yang mendakwa seorang guru lelaki telah merotan anaknya sehingga berbirat baru-baru ini, telah menarik balik laporan polis sehari selepas laporan itu dibuat. 

    Walaupun laporan itu telah ditarik balik, pihaknya tetap akan meneruskan siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan. 

    Beliau berkata, penarikan balik laporan itu dibuat mungkin selepas kedua-dua pihak berbincang. 

    "Mungkin dia (ibu) ada perbincangan (antara keluarga dan sekolah). Dalam aspek itu, ia (tarik balik laporan) adalah urusan peribadi. Tetapi pihak polis tetap meneruskan siasatan," katanya. 

    Sumber: Harian Metro

    LAPORAN BERKAITAN


    from The Reporter https://ift.tt/2Fzphgh
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment