Seorang kanak-kanak lelaki, Wang, 10, di Tainan, Taiwan, cedera parah selepas terkena serpihan sinki pecah selepas terjatuh.
Difahamkan, Wang sebelum itu mahu melihat cermin dan menekan sinki itu dengan kuat dan secara tiba-tiba sinki itu terjatuh dan pecah.
Akibatnya, serpihan sinki itu terkena pada Wang sehingga menyebabkan kecederaan.
Ketika ditemui oleh ibu bapanya, mangsa terbaring berlumuran darah dan segera dikejarkan ke hospital.
Pemeriksaan doktor mendapati saraf, arteri, otot dan pembuluh darah di tangan Wang terkoyak and pasukan perubatan cuba sedaya upaya menyelamatkan nyawa mangsa.
Selepas menjalani pembedahan yang berlangsung selama empat jam, mereka berjaya menyelamatkan Wang dan terpaksa ditahan wad selama seminggu untuk pemantauan.
Doktor memberi peringatan kepada golongan ibu bapa bahawa, kecederaan yang disebabkan oleh seramik atau kaca pecah adalah sangat serius.
"Sebaik-baiknya jangan buat sinki dinding yang tidak mempunyai sokongan di bawahnya kerana kanak-kanak gemar menekan sinki tersebut apabila menggunakannya.
"Selain itu, sekiranya anda mengesan berlaku keretakan pada sinki seramik seperti ini, jangan tunggu lama dan tukar terus dengan sinki baru bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang," katanya.
Sumber: World of Buzz
from The Reporter https://ift.tt/2ZQAW1P
via IFTTT
No comments:
Post a Comment