loading...
  • Breaking News

    Saturday, June 22, 2019

    Guru tadika dipecat kerana paksa dua murid berjemur di bawah matahari terik sebagai hukuman


    Seorang guru di sebuah tadika di China dipecat kerana memaksa dua murid berjemur di bawah matahari terik sebagai hukuman kerana bermain di asrama ketika waktu tidur petang. 

    Klip video pendek yang viral di media sosial menunjukkan murid lelaki baring di taman permainan, manakala murid perempuan berdiri kira-kira lima meter di sebelah kanannya, mengundang kemarahan netizen. 

    Dua murid terbabit diarahkan keluar ke taman permainan kerana mengganggu murid-murid lain yang sedang tidur petang pada Rabu lalu. Cuaca di luar pada ketika itu mencecah 33'C. 

    Amalan tidur petang merupakan perkara yang telah lama dipraktik di China bagi memastikan murid-murid mempunyai tenaga yang mencukupi pada sesi yang seterusnya. 

    Keesokan hari, pihak berkuasa Zhangzhou memaklumkan guru terbabit telah dipecat dan tadika tersebut diarahkan ditutup. 

    Sumber: Asia One


    from The Reporter http://bit.ly/2L8lZ6Z
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment