Menurut Nona, dia dan keluarganya sudah lama duduk di meja makan namun tiada pekerja yang datang mengambil pesanan mereka.
Tidak puas hati dengan insiden itu, Nona mula merakam video, memarahi pekerja restoran tersebut dan mengugut mahu viralkan video itu di media sosial.
"Customer datang tak nak layan, biar customer beratur berderet panjang. Dik, macam ni ke kau layan customer? Customer dah duduk, kau tak nak ambil order. Is this is how you service customer?
"There's no excuse kalau you tak cukup pekerja. You faham? Orang duduk, you datang ambil order. Apa salahnya? You sakit hati dengan customer, you tak boleh kerja sini tau?" kata Nona.
"Tak, I bukan sakit hati. Masalah sekarang..." belum sempat pekerja terbabit memberi penjelasan, Nona pula memotong percakapannya.
"You ambil order sekejap saja. Mak saya nak makan tau?" katanya yang mula meninggikan suara.
"Iye, nanti saya ambillah," jawab pekerja berkenaan.
The worse service food outlet is Chicken Rice Shop @ Alamanda Shopping Mall Putrajaya pic.twitter.com/xvTXdaDjT4— nona zabidin (@zzabidin) June 10, 2019
"No! Kenapa you tak ambil tadi? Orang lain semua dah duduk, you ambil order, saya duduk situ awak tak ambil order? Apa masalah awak ni? Awak kerja, awak kerja betul-betul tau, biar ikhlasss layan orang." kata Nona.
"Tapi semua orang beratur kak," pekerja itu sekali lagi cuba memberi penjelasan.
"No no no! Ini semua orang baru beratur, saya duduk di situ dah lama. Macam ini ke awak jalankan tugas? Tak ikhlas sungguh.
"Saya akan viralkan Chicken Rice Shop ini. Jangan ada orang pergi sini!" katanya.
Sejak dimuat naik 10 Jun lalu, video tersebut telah ditonton lebih 1.43 juta kali.
Bagaimanapun, netizen di Twitter pula mengecam tindakan pengadu yang dianggap tiada kesabaran dan melampau kerana perkara itu boleh diselesaikan dengan cara baik tanpa perlu rakam dan viralkan di media sosial.
Saya rasa hidup makcik ni memang senang, kalau makcik pernah hidup susah kerja macam kami makan gaji kecik. Makcik faham apa yang kitorang rasa, makcik tahu betapa sedih kena sound depan orang ramai, hujung bulan dapat gaji seciput. Makcik tak faham sebab makcik orang senang— hamba Allah (@FizieFirdaws47) June 19, 2019
sokong 💯, makcik trylah makan gaji mcm kami, kene maki caci ngan cust sampai cust lain pon dok tgk citer belakng. time tuh makcik rasee nak nngis ayaq mataq darhhh hahhh— msyi_ (@Masyizuraimi) June 20, 2019
Iya, tak padan kena maki padahal hujung bulan kita makan gaji cukup cukup je, hujung bulan tinggal berapa je dalam account. Customer always right ni boleh guna untuk customer yang hormat staff je, kalau perangai macam ni macam mana staff nak seronok layan customers.— hamba Allah (@FizieFirdaws47) June 20, 2019
sy pun kerja as a service at restaurant jugak,and our restaurant mmg x ckup staff..just x mntak bnyak,sabar skit jer.. kitorang fham lparr, but mntak cara elok tak salah pun..kitorang pon ikat perut berlari2 bawak order sana sini,dgn perut kosong semata2 nak jlnkan tggungjawab..— Eliza_Ell1907 (@ell1907) June 20, 2019
Kalau dia tak serve. Panggil la. Bende kecik why rumitkan?— E Y K A (@ftdafiqah) June 19, 2019
Tak perlu rakam pon sbnrnya 😕 makcik kene try keje kedai makan . Bru makcik faham ape tu kelam kabut— Akmal Hakim (@moktammm) June 19, 2019
Dia ingat kedai tepi jalan, restaurant biase kot dia ade kuasa viral sampai benda simple camni boleh buat org tak dtg situ lol. Funny everyone still eating and beratur time jerit2 without mak cik even start viral pun.— Fnz (@ayeeitsfnz) June 19, 2019
Makcik ingat semua benda boleh viral ke? Last last semua orang kecam makcik balik. Twitter bukan macam fesbuk makcik boleh ayam2 kan. Sini semua anak muda berpelajaran. Kalau nak TCRS improve kan servis dia better talk to manager. Ni tak, kecoh lebih malu pon dapat.— ️ZHAN (@zhantafa) June 19, 2019
Tidak berpuas hati dengan respon yang diterima, Nona membidas netizen yang menyokong pekerja restoran terbabit.
"Yang tweet ramai-ramai ni?? Are majority Chicken Rice Shop staff yang support kawan dia orang. Inilah standard Chicken Rice Shop ambil pekerja budak-budak muda yang tak cerdik. They don't care about Chicken Rice Shop, all they care is support staff yang sombong dan kerja tak ikhlas tu," katanya.
Yg tweet ramai2 nii ?? Are majority Chicken Rice Shop staff yg support kawan dia orang. Inilah standard Chicken Rice Shop Ambik pekerja budak2 muda yg tak cerdik. They don’t care about Chicken Rice Shop all they care is ? Support staff yg sombong dan keje tak ikhlas tuu.— nona zabidin (@zzabidin) June 19, 2019
Namun hari ini, Nona 'memaafkan' semua pihak yang dianggapnya tidak bertamadun termasuk pihak yang memuat naik semula video itu di YouTube dan Facebook.
"Sincerely I forgive all these uncivilised netizens comments and also the one posted in the YouTube and Facebook.
"I understand coz they don't know the actual situation before video taken. Many has manipulated the video to attract viewers. One thing, Chicken Rice Shop please improve your services," katanya.
Sincerely I forgive all these uncivilised netizens comments, and also the one posted in d Utube and FaceBook.I understand coz they don’t know the actual situation before video taken.Many has manipulated d Video to attract viewers.1 thing?Chicken Rice Shop PSE improve yr SERVICES.— nona zabidin (@zzabidin) June 20, 2019
Sumber: Nona Zabidin
from The Reporter http://bit.ly/2J28naX
via IFTTT
No comments:
Post a Comment