Viral di media sosial aduan mengenai kes pukau yang berlaku di perkarangan pasar raya di Batu Pahat.
Menurut pengadu, ramai yang sudah terkena dan beberapa netizen juga mengesahkan kejadian itu yang melibatkan seorang lelaki berusia lingkungan 50-an.
KES pukau area Aeon Big Batu Pahat. Adik saya terkena. Mula-mula minta derma ikhlas, dia hulur ayat kad. Bila kita hulur ikhlas, dia minta lagi RM20. Selepas itu dia terus jalan.
Kami nak masuk kereta, tengok kecoh-kecoh pegang kad ayat itu. Rupanya semua yang terkena. Ada yagn terkena sampai RM40.
Kebetulan ada polis peronda, kami beritahu apa yang terjadi. Si bhai ini dah takut dan terus lari. Kami tak puas hati, kami sendiri pergi kejar sampai dapat.
Kami minta balik duit, kami cakap "You tipu orang berapa ramai?" Dia hanya ketawa dan pulangkan duit.
Harap orang lain pun tak terkena. Zaman sekarang nak bersedekah pun kena tengok orang juga.
Menurut beberapa penduduk yang mengenali lelaki terbabit berkata, apa yang berlaku itu mungkin bukanlah kejadian pukau. Lelaki itu sememangnya akan meminta wang berjumlah RM20 ke atas.
Pernah beberapa individu cuba menghulur RM10, tetapi ditolak dan dia tetap meminta wang RM20.
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan tidak menghulurkan sebarang sumbangan kepada mana-mana pihak atau individu yang tidak jelas tujuannya. Sebarang aktiviti yang mencurigakan, laporkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sumber: Ruhil Afiqah Omar
from The Reporter http://bit.ly/2KT9goO
via IFTTT
No comments:
Post a Comment