loading...
  • Breaking News

    Friday, June 21, 2019

    'Kami berdua minta maaf' - Dah terlambat, 3 suspek rosakkan barang Family Mart ditahan polis


    "Harap maklum, saya tukang rakam ni yang buat kami berdua minta maaf. Mohon repost keikhlasan tak boleh dinilai dari muka. Hanya kami dan Allah saja yang tahu keikhlasan hati kami," demikian permohonan maaf yang disiarkan di Instagram Lukman Hakeem. 

    Permohonan maaf itu dibuat selepas video mereka merosakkan barangan makanan di kedai Family Mart cawangan Nilai di Mesamall viral di media sosial sehingga mengundang kemarahan netizen. 


    Pada awalnya, suspek dalam video tampil memberi penjelasan bahawa video tersebut hanya sekadar gurauan dan semua barangan yang 'dihancurkan' itu telah diambil dan dibayar olehnya. Namun netizen mempersoalkan kesahihan kenyataannya itu berikutan tiada bukti resit pembelian. 

    Tidak beberapa lama kemudian pengurusan kedai tersebut tampil membuat laporan polis dan mendakwa suspek telah merosakkan barangan kedainya sehingga menyebabkan kerugian RM30. 

    Dalam perkembangan terkini, polis telah menahan tiga suspek yang berkaitan dengan video tersebut. 

    Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, kesemua suspek berusia 18 dan 20 tahun ditahan pada jam 3.45 petang tadi dan polis akan memohon perintah reman di Mahkamah Majistret Seremban esok. 

    Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

    Sumber: Harian Metro

    LAPORAN BERKAITAN


    from The Reporter http://bit.ly/2Y4NvGf
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment