Tiga beranak cedera termasuk seorang bayi selepas terjatuh diragut oleh dua suspek yang menaiki motosikal.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi Selasa lalu di depan Kemudi Timur, penunggang motosikal itu dalam perjalanan ke destinasi bersama dengan dua orang anak perempuannya.
Tiba di tempat kejadian, mereka didatangi motosikal suspek yang terus merapat dan meragut mangsa sehingga hilang kawalan lalu terjatuh.
Si ibu dan anak perempuannya mengalami banyak kesan luka di badan dan bengkak di muka. Manakala bayi yang dikenali sebagai Baby Ammara itu pula cedera di bahagian dahi.
Video kejadian itu turut viral di media sosial dan kini ahli keluarga mangsa meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil membantu.
Difahamkan, laporan polis berhubung kejadian itu juga telah dibuat.
Sumber: Amira Zakaria
from The Reporter https://ift.tt/2RCyAk0
via IFTTT
No comments:
Post a Comment