loading...
  • Breaking News

    Thursday, June 13, 2019

    Azmin kenal Haziq dari jauh, Hilman nafi ugut Haziq, Shamsul pula kebingungan


    Dalam perkembangan terkini kes skandal hubungan sejenis pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali menegaskan dia hanya mengenali Haziq Abdullah Abdul Aziz dari jauh. 

    "Saya mengenali Haziq dari jauh sebab dia ahli parti. Kemudian menyertai pembangkang. Selepas kita menang, lompat balik dalam keadilan (PKR).

    "Ini karektor individu yang diperalatkan dalam fitnah ini," katanya. 

    Setiausaha Politiknya, Hilman Idham pula menafikan tuduhan Haziq yang sebelum ini mendakwa dia telah mengugut Haziq. 

    "Tuduhan beliau kepada saya itu tidak benar. Kami berbual tentang video yang tular itu. Haziq menyatakan kekecewaan atas permainan politik jijik dan beliau tegaskan bahawa video palsu dan beliau bukan karekter dalam video itu. 

    "Haziq juga menyatakan dia ingi bertemu dengan keluarganya untuk meminta pandangan dan saya bersetuju dengannya dan memaklumkan bahawa keluarga adalah elemen penting dalam menghadapi fitnah sebegitu," katanya. 

    Sementara itu, Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pula kebingungan dengan apa yang berlaku dan terus mengantung perkhidmatan Haziq serta meminta surat tunjuk sebab dan jika gagal berbuat demikian, kontrak perkhidmatannya akan ditamatkan serta-merta. 

    "Beliau juga didapati ponteng kerja sejak Selasa lalu. Kita pun tak tahu dia di mana.

    "Saya ada mesej melalui WhatsApp kelmarin berkaitan isu ini tetapi tidak berjawab. 

    "Sepanjang bertugas sejak enam bulan lalu, dia tidka nampak tanda atau bersikap pelik seperti 'golongan' itu. Justeru, tindakan beliau ini sangat mengejutkan dan tentunya tidak diduga," katanya. 

    Sumber: Harian Metro


    from The Reporter http://bit.ly/2Zlf9ir
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment