loading...
  • Breaking News

    Sunday, June 16, 2019

    Budak maut (strok haba) tertinggal dalam kereta ditemui dalam keadaan mulut berbuih, melecur


    Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas tertinggal di dalam kereta di Taman Aman, Lahad Datu, Sabah, Rabu lalu. 

    Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.35 petang itu, mangsa berusia dua tahun ditemui dalam keadaan mulut berbuih dan melecur di muka serta lengan. 

    Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasir Mansor berkata, mangsa terdahulu menemani ibunya yang menjemput pulang dua beradiknya di sekolah, menaiki kereta Perodua Bezza pada jam 1 tengah hari. 

    Sebaik tiba di rumah, si ibu berpesan kepada anak sulungnya untuk membawa mangsa keluar. 

    Wanita itu kemudian terus naik ke tingkat atas rumah untuk solat dan tertidur. Sehinggalah pada jam 3.35 petang, dia turun ke bawah untuk makan dan memanggil mangsa, tetapi tiada jawapan balas. 

    Panik dengan keadaan itu, si ibu terus mencari mangsa di sekeliling rumah dan menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang kereta. 

    Mangsa terus dikejarkan ke hospital, namun disahkan telah meninggal dunia akibat strok haba. Kesan melecur di badannya pula dipercayai berlaku selepas mangsa meninggal dunia. 

    Susulan kejadian itu, pegawai perubatan membuat laporan polis dan ibu mangsa telah ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 403A Kanun Keseksaan kerana cuai sehingga menyebabkan kematian. 

    Sumber: Astro Awani


    from The Reporter http://bit.ly/2XMPf6J
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment