loading...
  • Breaking News

    Saturday, September 7, 2019

    Suami isteri racun baby baru lahir, buang dalam tong sampah


    Pasangan suami isteri warga Myanmar ditahan polis kerana didakwa meracuni bayi perempuan mereka yang baru dilahirkan sehingga mati. 

    Polis menerima laporan berhubung penemuan mayat bayi di dalam tong sampah di sebuah pangsapuri di Selangor pada 27 Ogos lalu. 

    Mayat bayi yang ditemui itu masih bertali pusat dan bersambung pada uri. Turut ditemui bersama, kain hitam dan sepasang pakaian dalam wanita. 

    Laporan bedah siasat mendapati bayi itu maut akibat dilemaskan dalam racun. 

    Lapor Guanghua Daily, polis menahan pasangan suami isteri itu selepas 48 jam mayat bayi itu ditemui. 

    "Pasangan suami isteri itu adalah warga Myanmar dan berusia lingkungan 30-an. Mereka adalah suspek yang membuang bayi berkenaan," katanya. 

    Polis mengklasifikasikan kes itu di bawah Akta 318 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi. Namun, selepas mendapati bayi itu dibunuh, kes itu disiasat di bawah Akta 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

    LAPORAN BERKAITAN


    from The Reporter https://ift.tt/312TuNp
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment