Patinya anda pernah mendengar tentang derma tulang sumsum, sperma, darah dan juga susu ibu, kan?
Kini sudah tiba masanya untuk memasukkan najis tahi dalam kumpulan ini bagi membolehkan mereka yang tidak mementingkan diri untuk mendermanya.
Walaupun kedengarannya terlalu jijik, ia adalah amalan yang benar-benar dilakukan yang dikreditkan dengan menyelamatkan banyak nyawa.
Dikenali dalam kalangan perubatan sebagai transplan mikrobiota fecal (FMT), pemindahan tahi adalah rawatan yang agak baru untuk jangkitan Clostridium difficile (C. diff) yang berpotensi untuk meragut nyawa.
Tanpa pendermaan tahi ini, rawatan tidak mungkin boleh dilakukan.
C. diff adalah dicirikan oleh cirit-birit yang berterusan yang biasanya muncul selepas seseorang telah mengambil antibiotik untuk jangkitan lain yang tidak berkaitan lain.
Ia juga merupakan jangkitan yang paling biasa dijangkiti di hospital dan sangat mahal untuk dirawat.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengeluarkan data pada tahun 2015 bahawa hampir setengah juta orang di Amerika Syarikat sahaja didiagnos dengan C. diff hanya dalam tempoh setahun.
Daripada jumlah tersebut, kira-kira 29,000 orang meninggal dunia dalam tempoh 30 hari selepas diagnosis, lebih 80% daripada mereka berusia 65 tahun dan ke atas.
Kebanyakan daripada pesakit ini tidak mampu untuk melawan jangkitan dengan terapi antibiotik yang standard sahaja, jadi pemindahan tahi (FMT) boleh menjadi cara terakhir yang efektif.
FMT telah menyelamatkan nyawa dan sedang mengubah standard penjagaan bagi pesakit C. diff, mengurangkan kematian secara keseluruhan dan bagi kebanyakan pesakit, memulihkan kesihatan mereka selepas berbulan-bulan mengalami penyakit serius.
Apabila rawatan antibiotik standard gagal berfungsi, FMT telah terbukti menyembuhkan jangkitan 90% setiap kali.
Tujuan FMT adalah untuk memperkenalkan bakteria usus dari penderma yang sihat ke dalam saluran gastrointestinal seseorang yang mengidap penyakit.
Prosedur ini boleh dilakukan dalam beberapa cara yang berbeza, tetapi yang paling biasa adalah cecair saline dan tahi penderma disalurkan melalui kolonoskopi.
Saringan penderma yang berpotensi
Minat terhadap menderma tahi benar-benar meningkat pada tahun 2012 disebabkan oleh bukti yang semakin meningkat mengenai kesan positif FMT pada pesakit C. diff.
Sebelum penubuhan bank tahi iaitu OpenBiome, adalah sukar untuk para doktor melakukan FMT. Ini adalah kerana proses penyaringan penderma yang sihat dan memproses najis yang diderma adalah mahal dan rumit.
Bank tahi memudahkan proses di mana masa dan kos yang diperlukan untuk mengenal pasti, menyaring dan memproses bahan oleh doktor kini boleh ditumpukan kepada pesakit.
Penderma tahi di OpenBiome yang berpotensi menjalani ujian yang ketat untuk memastikan sampel mereka selamat.
Penderma OpenBiome terdiri daripada individu yang sangat sihat berusia 18 hingga 50 tahun yang boleh mendermakan secara berkala dan di lokasi sumbangan iaitu Boston untuk sekurang-kurangnya 60 hari.
Sebaik sahaja terdapat kekosongan, penderma yang berpotensi datang untuk temubual klinikal, serta pemeriksaan darah dan najis.
Kurang daripada 3% pemohon sahaja yang layak sebagai penderma yang sesuai, menjadikan mereka ini sebagai kumpulan yang sangat elit.
Penderma yang berkelayakan dibayar Rm160 bagi setiap kali sumbangan tahi. Mereka mendermakan tahi sekerap yang mungkin untuk tempoh 60 hari.
Dan selepas 60 hari, mereka akan melalui proses pemeriksaan penuh sekali lagi. Hanya selepas mereka ini melepasi pemeriksaan kedua, barulah tahi yang didermakan sebelumnya dibekalkan untuk rawatan.
Penderma mesti sihat sepenuhnya setiap kali menyumbang, bermakna mereka tidak boleh dijangkiti apa-apa jenis jangkitan atau mengambil sebarang antibiotik.
Tahi yang diderma juga perlu ditimbang dengan berat minimum 55 gram, yang mana jumlah yang diperlukan untuk satu rawatan FMT dan semua sumbangan menjalani pemeriksaan teknikal.
OpenBiome dipercayai satu-satunya bank najis awam yang dibuka di Amerika Syarikat, jadi mereka yang berminat untuk menjadi penderma mestilah orang tempatan untuk mengambil bahagian.
Keperluan untuk derma najis ini mungkin akan berkembang kerana FMT juga sedang disiasat untuk merawat penyakit penghadaman lain seperti sindrom usus dan penyakit Crohn.
Sumber: Iluminasi.com
from Sehinggit Media News https://ift.tt/35WlIfI
via IFTTT
No comments:
Post a Comment