Seorang ibu didakwa membunuh anak lelakinya sendiri selepas dipukul hanya kerana mengotorkan lampinnya.
Trinity Pittman, 23, pada Sabtu lalu selepas membawa anaknya, Conner Perry, ke hospital pada Jumaat lalu dan mendakwa mangsa terjatuh dari trampoline.
Namun, kakitangan perubatan di Hospital Piedmont Newnan di Georgia berasa curiga kerana kecederaan yang dialami mangsa tidak konsisten dengan pengakuan ibunya.
Rongga abdomen mangsa dipenuhi dengan darah dan paru-parunya juga dikesan mempunyai bendalir ketika diperiksa.
Selain itu, rahang mangsa juga patah, lebam di muka dan beberapa giginya hilang serta pendarahan di otak.
Lewat petang Jumaat, mangsa dirujuk ke Children's Healthcare Atlanta di mana dia disahkan meninggal dunia pada jam 11 malam kerana kecederaan yang dialami.
Trinity kemudian ditahan dan mengaku memukul mangsa beberapa kali kerana mengotorkan lampin.
Ketika dipukul, mangsa terjatuh dan kepalanya terhentak di lantai lalu tidak sedarkan diri.
Trinity kemudian pergi bekerja dan meninggalkan mangsa bersama anak sulungnya berusia 4 tahun di bawah jagaan teman lelakinya, Jeremy Davis, 24.
Trinity juga berbohong kepada Jeremy kononnya mangsa terjatuh dari trampoline.
Jeremy kemudian menghubungi Trinity dan memaklumkan mangsa bangun muntah-muntah serta mengalami masalah pernafasan.
Laporan bedah siasat mendedahkan, mangsa juga mempunyai kesan kecederaan lama.
Trinity dihadapkan ke mahkamah pada Ahad lalu dan tidak dibenarkan ikat jamin. Sementara anak sulungnya diserahkan kepada saudara mara untuk dijaga buat sementara waktu.
Sumber: Mirror
from The Reporter https://ift.tt/2N0QAE3
via IFTTT
No comments:
Post a Comment