Washington, Amerika – Penyakit yang meragut 35 nyawa dan menyebabkan lebih kurang 1,600 yang lain dimasukkan ke hospital dipercayai berkait amalan menghisap vape kini telah mendapat nama, EVALI atau e-cigarette or vaping product use-associated lung injury.
Angka kes melibatkan penyakit ini terus meningkat minggu demi minggu di seluruh negara berkenaan melibatkan 49 negeri.
“Malangnya, semakin ramai dimasukkan ke hospital akibat kecederaan paru-paru setiap minggu,” kata Dr. Anne Schuchat, wakil Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika pada Jumaat lalu.
Penyakit berkenaan mula dikenalpasti apabila sejumlah pesakit yang mengalami masalah pernafasan dimasukkan ke hospital setelah menggunakan rokok elektronik sebelum dibenarkan pulang setelah mendapatkan rawatan.
Namun mereka dimasukkan kembali ke hospital dari lima sehingga 55 hari setelah dibenarkan pulang.
Walaupun punca sebenar kemasukan semula itu tidak diketahui, Anne mendakwa mereka percaya ia disebabkan peparu pesakit yang dilemahkan penyakit itu atau corticosteroids yang digunakan untuk merawat kondisi tersebut.
Ia juga berkemungkinan akibat penggunaan semula vape oleh pesakit berkenaan.
CDC turut mengingatkan petugas kesihatan agar terus berwaspada dengan penyakit flu serta virus pernafasan lain apabila perubahan musim berlaku.
Hal ini kerana kedua-dua penyakit itu mempunyai persamaan simptom dengan EVALI antaranya nafas pendek, peluh di waktu malam, rendah kandungan oksigen dan kewujudan tompok-tompok pada paparan sinar X paru-paru.
Walaupun punca utama penyakit ini belum dikenalpasti secara jelas, kebanyakan pesakit dilaporkan menggunakan produk mengandungi THC, bahan aktif dalam ganja yang dipercayai menyumbang kepada penyakit berkenaan.
Mereka juga tidak menafikan sekiranya ia mempunyai lebih dari satu punca.
Sumber: Scientific American via Siakapkeli.my
from Sehinggit Media News https://ift.tt/3447lUw
via IFTTT
No comments:
Post a Comment