Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan notis amaran ribut petir yang dijangka bakal melanda semua negeri di Malaysia pada hari ini.
Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan, sebanyak 10 negeri akan dilanda ribut petir sehingga jam 4 petang. Negeri-negeri tersebut adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, WP Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor.
Manakala Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, Sarawak serta Sabah pula dijangka akan dilanda ribut petir yang berlarutan sehingga pukul 6 petang.
Orang ramai yang ingin melakukan aktiviti luar atau beriadah pada petang ini dinasihatkan supaya lebih berhati-hati.
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@malaysianmet) October 28, 2019
Sumber: @MalaysiaMet via Siakapkeli.my
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2WijZgh
via IFTTT
No comments:
Post a Comment