Suami wajib ‘miang’ dengan isteri. Nampak isteri dari jauh kenyit mata, flying kiss, selalu ajak isteri bergurau, selalu buat lawak bagi isteri ketawa, selalu ucap abang sayang sayang. Jika tiba-tiba ‘mood’ tidak baik suami lebih baik diam dari berkata-kata. Berkata-kata adakalanya mengeruhkan lagi keadaan.
Isteri mudah faham jika tiba-tiba suami diam. Diam bukan bermakna tiada masalah , diam adakalanya perlukan belaian dan perhatian dari isteri. Buat air kegemaran suami, masak masakan kegemaran suami. الله cipta satu hormone yang dirembeskan oleh pituitary gland ke dalam darah dengan cepat iaitu hormon oxytocin untuk bagi seseorang tenang apabila dipeluk.
Isteri wajib peluk suami jika suami ada masalah, pegang tangan suami minta maaf dan peluk jika ada buat salah. oxytocin berfungsi sebagai neurotransmitter yang memberi tindakbalas yang cepat apabila dipeluk dengan erat dan ikhlas.
Kehidupan berumahtangga perlu adanya gurau senda dan tawa. Suami isteri perlu bijak menangani situasi dan keadaan agar suasana tidak menjadi suram dan membosankan. Suami dan isteri perlu ada komunikasi bagi memeriahkan lagi kehiduapan berumah tangga.
Tahukah anda, kesan apabila suami anda memeluk anda dan ini menurut kajian pakar perhubungan. Pelukan suami sebenarnya dapat mengurangkan tahad kalestrol dan meningkatkan kesihatan isteri. Walaupun pelukan yang diberi itu lembut, kita boleh rasai sendiri gentaran hangat dalam jiwa raga kita. Suami yang ingin Isterinya menurunkan berat badan digalakkan untuk peluk isterinya lebih kerap
Namun pelukan bukan hanya pelukan. Anda perlu tahu apa yang si suami ingin sampaikan melalui pelukan. Berikut adalah 5 jenis pelukan suami dan maknanya.
1. Pelukan Merangkul Seluruh Tubuh Anda
Biasanya pelukan ini terjadi ketika ada ketegangan ataupun masalah pada anda berdua. Pelukan ini bermakna untuk menenangkan anda. Pelukan ini juga beerti pasangan anda ingin meminta maaf.
2. Memeluk Sambil Meletakan Kepalanya Di Bahu
Pelukan ini dilakukan suami ketika memerlukan anda. Ada beberapa perkara ini menyebabkan pelukan ini terjadi seperti rindu, penat dan sebagainya. Jika suami anda meninggalakn ciuman dibahu anda, ia bermakna dia tidak mahu kehilangan anda.
3. Pelukan Merangkul Dari Belakang
Pelukan dari belakang menandakan adanya rasa bahagia, rasa ingin melindungi, rasa cinta dan kemesraan.
4. Pelukan Merangkul Dari Tepi
Pelukan ini sangat friendly, dilakukan atas sebab support atau sokongan yang tidak keterlaluan kemesraannya.
5. Pelukan Memeluk Dari Pinggang
Pelukan ini menunjukan perpaduan antara cinta dan ghairah. Boleh jadi suami ingin melakukan hubungan intim dengan anda. Boleh jadi juga ianya sebuah foreplay. Pelukan ini juga boleh menjadi pelukan harian yang mampu memberikan anda semangat kepada anda.
Apabila sudah berumahtangga, sungguh malang jika suami isteri tinggal serumah, tidur sekatil, tetapi tidak saling berpelukan. Kajian mendapati bahawa pelukan dan gurauan mesra dapat mengubati kegusaran, penyakit, rasa berserorangan, tekanan dan ‘anxiety’. Semesti ada sebab kenapa isteri suka dipeluk dan memeluk suami. Pelukan yang romantis, mesra dan hangat, rapat dari hati ke hati juga dapat memberikan kelebihan berikut:
Selesai ijab-kabul, tiada rahsia antara kita
1. Meningkat kepercayaan pada pasangan
Apabila saling berpelukan, suami isteri akan menjadi lebih terbuka. Tiada istilah tidak percaya. Tiada juga istilah menyimpan masalah bersendirian. Semuanya perlu dikongsi.
2. Menaikkan kadar hormon ‘oxytocin’
Oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta. Apabila banyak hormon cinta ini dirangsang, makan semakin bertambahlah kasih sayang. Apabila kadar hormon cinta ini tinggi, ia dikatakan dapat menghilangkan perasaan ‘lonely’, terpisah dan juga kemarahan.
Cukup terharu apabila pasangan tua masih lagi mesra. Utuh sungguh cinta mereka.
3. Memanjangkan umur
Siapa yang tidak suka berpelukan? Berpegangan tangan dalam masa yang sama, sambil berbual mesra, mata bertentang mata, dapat meningkat kadar hormon ‘serotonin’. Serotonin dengan kadar normal akan membangkitkan perasaan bahagia. Hormon ini juga akan menaikkan ‘mood’ seseorang. Apabila rasa bahagia, bukankah itu akan memanjangkan umur juga? Benar, hidup mati urusan Allah. Kita perlu berdoa akan sentiasa sejahtera dan dipanjangkan umur agar boleh terus beribadat pada-Nya.
4. Meningkatkan kadar imun tubuh
Apabila bersentuhan, ia akan mengaktifkan Solar Plexus Chakra. Dikatakan, ia akan merangsang ‘thymus gland’ yang akan mengawal keseimbangan produksi sel darah putih dalam badan. Secara tidak langsung, ia akan menjadikan diri lebih sihat dan jauh dari penyakit. Kami bukan pakar dalam hal perubatan begini. Jika anda perlukan maklumat lanjut, boleh Google sahaja.
5. Meningkatkan rasa “self-esteem” atau harga diri
Jati diri atau harga diri? Pada kami, lebih kurang sama sahaja. Daripada kita dilahirkan, kita dipeluk sana sini. Ini menunjukkan kita disayangi. Hubungan antara harga diri dan pelukan ialah ia masih tersimpan dalam ‘nervous system’ kita sehingga meningkat dewasa. Pelukan yang kita terima daripada ibu dan ayah semasa membesar akan tersimpan dalam ‘cellular level’ selamanya. Secara tidak langsung, ia mengingatkan kita tentang perasaan kasih sayang dan menjadikan kita lebih percaya pada diri sendiri. Lebih mudah lagi, sudah tersemat dalam hati kita untuk menyayangi diri sendiri.
6. Melegakan otot
Benar, bila otot lega, hilang tekanan atau ‘stress’. Pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.
7. Menstabilkan ‘nervous system’ atau sistem saraf
Mungkin anda tertanya-tanya, apakah itu ‘nervous system’?
Nervous System adalah satu proses yang pantas dan hanya untuk jangka masa yang sekejap. Sumber dari syaufiqmujahid mengatakan bahawa ia terbahagi kepada dua, Central Nervous System dan Peripheral Nervous System Central Nervous System, digerakkan oleh dua organ. Brain dan spinal cord. Kedua-dua organ ini dilindungi oleh tulang (skull-vertebral column) kerana ianya begitu sensitif. Sedikit rosak, boleh mendatangkan masalah.
Peripheral Nervous System, dibahagikan kepada dua. Somatic Nervous System dan Autonomic Nervous System. Somatic, mengandungi fungsi motor nerves dan sensory nerves. Somatic, mengawal setiap pergerakan yang dirancang (voluntary action) oleh badan kita. Seperti contoh, pergerakan tangan kita secara flexion atau extension. Ianya dilakukan dengan menggunakan keinginan kita sendiri.
Autonomic Nervous System, pula mengawal setiap pergerakan yang tak dijangka oleh sistem badan kita, atau kata lainnya bukan dengan keinginan kita sendiri (Involuntary Action). Pernah dengan tentang Nervous System Breakdown? Bayangkan, sistem saraf tidak berfungsi lagi. Mohon jauh dari terjadi sedemikian.
8. Mengajar erti memberi dan menerima
Pelukan memerlukan dua orang bukan. Cuba anda berseorangan, boleh peluk diri sendiri tak? Kalau boleh, kami bagi RM1,000. Ok, main-main sahaja.
Apabila berlakunya pelukan, satu pihak akan memberi, manakala satu pihak akan menerima. Ini menunjukkan ‘equal value’ antara keduanya. Maka apabila perasaan samarata itu dihargai oleh kedua-dua pihak, akan timbul rasa kasih sayang.
9. Meredakan kesedihan dan kedukaaan
Pelukan bukan hanya pada waktu gembira sahaja. Pelukan juga berlaku apabila kita bersedih. Kita memerlukan pelukan hangat dari seseorang. Dengan ini, emosi yang terbeban akan keluar pergi jauh-jauh secara automatik. Orang yang memberi dan menerima pelukan akan berasa kelegaan yang amat sangat.
10. Pengalihan tenaga positif
Ada orang peluk sambil marah-marah? Cuba buat sekali. Kalau tengah marah, selepas itu peluk, secara logik akal, ia akan mengalirkan emosi negatif iaitu amarah tersebut. Namun, tidak logik berpelukan semasa marah. Itu kita panggil ‘bertumbukan’.
Tiada orang berpelukan dengan emosi negatif. Jika negatif sekalipun, ia akan dineutralkan oleh elemen yang positif. Pelukan menggalakkan rasa ’empathy’ dan ‘understanding. Apabila sinergi ini berlaku, semua mendapat manfaatnya.
Kesimpulan
Suami perlu tahu, isteri memang suka dipeluk dan digomol. Lebih-lebih lagi pelukan ‘surprise’ dari belakang. Amalkan selalu, semoga bahagia rumah tangga!
from Sehinggit Media News https://ift.tt/365MEK1
via IFTTT
No comments:
Post a Comment