loading...
  • Breaking News

    Tuesday, October 29, 2019

    Sedih! 6 Beranak Makan Nasi Kuah Air Garam, Lauk Telur "Paling Mahal"


    Tidak semua orang bertuah tinggal di rumah yang selesa, mempunyai ibu bapa yang berduit dan mampu memiliki apa sahaja yang diinginkan.

    Menerusi laporan Harian Metro, sudah menjadi kebiasaannya bagi seorang ibu Zaharah Omar yang menikmati juadah nasi tanpa lauk, bahkan sering makan hanya berkuahkan air garam.

    Ibu tunggal itu berkata, kemiskinan tersebut menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa berhutang untuk membeli beras dan sesekali makanan ruji dihulurkan jiran tetangga atas dasar simpati.

    Pernah seharian kami tidak menjamah nasi dan wang yang ada hanya cukup membeli sekilogram gandum dibuat cekodok.

    Biasanya kami makan nasi berkuahkan kicap sahaja tanpa lauk tapi jika ada wang lebih..

    Baru boleh membeli telur dengan harga RM2 untuk empat biji yang dimakan beramai-ramai, katanya.


    Wanita yang berusia 56 tahun itu tinggal di sebuah rumah subsidi kerajaan negeri di Kampung Kedai Buloh, Kota Bharu bersama tiga anaknya iaitu Che Siti Fatihah Jaafar, 25 tahun, Mohd Amir, 24 tahun, dan Mohd Azmi, 22 tahun, serta dua orang cucu yang berusia empat dan enam tahun.


    Dia hanya mengambil upah mencungkil kelapa di sebuah tempat memproses santan tidak jauh dari rumahnya memperoleh bayaran RM12 sehari untuk 100 biji kelapa.

    Dua anak lelakinya bekerja kampung iaitu memasang kanopi dan memunggah kelapa dengan upah tidak seberapa.

    Anak sulung ada membantu saya di tempat memproses kelapa jika bekalan yang tiba terlalu banyak kerana dia dalam proses bercerai dan perlu menyara dua anaknya yang masih kecil.

    Upah yang diperoleh hanya cukup membeli lauk dan makan setiap hari tanpa ada baki untuk disimpan, ujarnya.

    Anak bongsu Zaharah, Mohd Azmi mengalami kesukaran bertutur disebabkan terminum minyak tanah ketika berusia tujuh tahun dan disebabkan itu dia tidak sampai hati untuk melepaskan pemuda itu berjauhan daripada keluarga.

    Walau bagaimanapun, Mohd Azmi berhenti sekolah dan hanya sempat belajar hingga darjah empat sahaja kerana enggan ditempatkan di kelas pendidikan khas.

    Cucu sulung yang berusia enam tahun sepatutnya belajar di tadika tapi kami tiada wang membayar yuran..Menyebabkan dia hanya duduk di rumah bersama adik dan ibunya (Che Siti Fatihah). Kami bertungkus-lumus demi kelangsungan hidup, katanya.

    Untuk menyalurkan bantuan boleh rujuk posting dibawah:


    Sumber: ohmymedia.cc


    from Sehinggit Media News https://ift.tt/36diDaV
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment