Seorang pegawai yang bertugas di Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Melaka, Nor Shuhada Binti Mohd Redzuan dilaporkan telah meninggal dunia akibat komplikasi selepas bersalin.
Difahamkan bahawa jenazah Allahyarhamah telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban untuk proses pemeriksaan dan bedah siasat dan dijangka akan dibawa balik ke rumah keluarganya di gombak.
Perkhabaran duka itu mula dikongsikan oleh Laman Facebook Friends of Bomba Malaysia dan tular di media sosial hari ini.
Dukacita dimaklumkan bahawa PB Nor Shuhada Binti Mohd Redzuan (27 tahun) yang bertugas di Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Melaka telah kembali ke Rahmatullah pada jam 0030 malam sebentar tadi (Ahad-27.10.2019) di rumah adiknya akibat komplikasi selepas bersalin.
Jenazah Allahyarhamah telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban untuk proses pemeriksaan dan bedah siasat dan dijangka akan dibawa balik ke rumah keluarga beliau di alamat Lot 1591-11, Batu 6¼ Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur. Tempat dan masa pengkebumian masih belum ditetapkan akan dimaklumkan kemudian.
Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al Fatihah.
Warga net memenuhi ruangan komen dipenuhi dengan kata-kata semangat dan mendoakan kesejahteraan Allahyarhamah.
Salam takziah, MasyaAllah syahid si ibunya, semoga bertemu di syurga abadi
Semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan para solehah
Moga syurga tempat berehatnya
InsyaAllah syahid akhirat untuk arwah
Mati akibat bersalin, ibarat bayi yang baru lahir, tiada dosa, Allahamdulillah kamu terpilih oleh Allah
Kematian yang dicemburui, mudah-mudahan husnul khatimah buat arwah
Sumber: Friends of Bomba Malaysia via Siakapkeli.my
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2Nf2sBs
via IFTTT
No comments:
Post a Comment