Gambar Hiasan (Kanan) |
JAKARTA: Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun meninggal dunia apabila digogok air secara paksa oleh ibu kandungnya sendiri.
Dalam kejadian yang berlaku di Duri Kepa, Kebon Jeruk, Jakarta Barat pada Jumaat, mangsa yang hanya dikenali sebagai ZNL terkorban di tangan ibunya, NP setelah dipaksa minum daripada tong air 19 liter (kira-kira 5 gelen) secara terus-menerus.
Menurut lampiran media tempatan, suspek berusia 21 tahun itu hanya membawa mangsa ke hospital apabila keadaannya sudah tidak bermaya.
Pihak hospital yang curiga dengan keadaan mangsa yang mengeluarkan lebihan bendalir ketika dibaringkan melaporkan perkara itu kepada polis.
"Suspek mengambil air yang ditampung dalam galon 19 liter, diminumkan dengan paksa, dengan cara mangsa ditekan hidungnya oleh suspek, ditutup hidungnya kemudian dimasukkan air dengan menggunakan cawan," tutur Irwandhy.
"Mangsa digogok air cukup lama. Hingga akhirnya korban tidak sedarkan diri dan mengalami kejang.
"Ini (19 liter) penuh dimasukkan ke dalam mulut secara paksa lebih kurang 20 minit ini. Habis ditambah lagi.
"Kemudian dibaringkan. Kesan daripada lebihan bendalir tersebut menyebabkan mangsa memuntahkan cairan," kata jurucakap polis.
Suspek akhirnya mengaku melakukan penganiayaan terhadap mangsa atas alasan mengalami depresi lantaran diancam cerai oleh suaminya.
"Untuk motif, pelaku didakwa mengalami tekanan secara psikologi, kerana diancam akan diceraikan oleh suami.
"Akibat tekanan tersebut, suspek akhirnya hilang pertimbangan. Emosi akhirnya secara agresif melakukan perbuatan tersebut," katanya lagi.
Suspek ketika disoal siasat mengaku menyesali akan perbuatannya dan mendakwa amat menyayangi mangsa.
"Menyesal. Sayang. Saya stres, saya memang takda dapat kawal," kata suspek NP.
Namun begitu, pemeriksaan awal mendapati terdapat banyak kesan lebam pada tubuh mangsa yang dipercayai akibat daripada kekerasan fizikal.
Sumber: Astro Awani
from Sehinggit Media News https://ift.tt/32RduDw
via IFTTT
No comments:
Post a Comment