Lima peminjam PTPTN terbabit, Andry Putra Haris, 28, Farah Athirah Kamarozaman, 27, Mohamad ASrol Md Jailani, 26, Mohamad Muzakkir Mohamad Ali, 26, dan Mohammad Aswad Sobri, 34, menfailkan saman terhadap badan itu, PH dan kerajaan Malaysia melalui firma Messrs Adnan Sharida & Associates, menerusi sistem e-fail di Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Lima individu itu mendakwa, tiga defendan terikat secara kontrak untuk menunaikan janji manifesto ekoran kemenangannya dalam PRU ke-14.
Mereka berkata, rakyat Malaysia percaya dan berpegang kepada janji itu sebagai benar, mengikat dan akan dilaksanakan dan kepercayaan rakyat terutama pengundi, terhadap manifesto pilihan raya akan hilang jika ia tidak ditunaikan.
Mereka mendakwa, walaupun PH sudah menang dan mentadbir negara lebih setahun, namun masih gagal, enggan atau lalai dalam melaksanakan semua janji dalam Buku Harapan.
"...Wan Saiful Wan Jan menyatakan pelaksanaan janji penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan akan dilaksanakan setelah kajian yang lebih teliti selesai dijalankan.
"Bagaimanapun defendan-defendan masih gagal, enggan atau cuai untuk melaksanakan janji tersebut dan sehingga hari ini, tiada apa-apa beritam engenai kajian itu telah dilaksanakan atau tidak," kata mereka.
Plaintif menuntut satu pengisytiharan bahawa janji dan manifesto PH adalah kontrak yang mengikat parti politik yang menang pilihan raya.
Mereka juga menuntut satu perintah agar defendan menangguhkan bayaran balik PTPTN oleh semua peminjam yang mendapat gaji kurang RM4,000 sebulan.
Ketika dihubungi, peguam plaintif Adnan Seman berkata salinan saman akan diserahkan kepada tiga defendan tidak lama lagi, selepas pihaknya mendapatkan salinan daripada Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sementara itu, netizen tidak bersetuju dengan tindakan lima individu berkenaan dan menggesa mana-mana peminjam PTPTN membayar balik pinjaman yang telah dibuat kerana tiada alasan untuk tidak membayar hutang.
from The Reporter https://ift.tt/2BK7iBv
via IFTTT
No comments:
Post a Comment