loading...
  • Breaking News

    Wednesday, October 23, 2019

    Kerana Sayang, Lelaki Ini Hadiahkan Barang Kemas RM77,000 Untuk Isteri


    Sudah menjadi lumrah bagi pasangan suami isteri untuk memberikan hadiah kepada pasangan masing-masing bagi menghargai pengorbanan sepanjang menjalani kehidupan berumah tangga.

    Bagi seorang wanita, Ellena Shazlin, dia merasa beruntung kerana menerima beberapa utas barang kemas daripada suaminya sebagai tanda kasih sayang.

    Menurut satu perkongsian di Facebook, suami Ellena dikatakan telah membelanjakan RM77,000 untuk membeli dua utas gelang tangan dan sebentuk cincin buatnya.


    Perkongsian tersebut menjadi tular di media sosial sehingga dikongsi lebih 3,000 kali dan menerima ratusan komen yang kebanyakannya mengecam wanita terbabit.


    Namun, masih terdapat segelintir netizen yang tumpang gembira dan menyatakan ia adalah sebahagian rezeki pengasas produk kurus yang berasal dari Kelantan itu.








    Sumber: https://ift.tt/2TP95R3


    from Sehinggit Media News https://ift.tt/2W4qlQf
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment