loading...
  • Breaking News

    Monday, October 14, 2019

    Langit Ungu Bawa Bencana, Air Mata Jepun Tumpah Dibadai Taufan Hagibis


    Fenomena langit bertukar ungu yang terjadi di Jepun kelmarin telah menghadirkan satu taufan yang begitu dasyat dikenali sebagai taufan Hagibis.


    Taufan yang membawa sekali angin kencang serta hujan lebat ini telah mengakibatkan banjir besar dan kemusnahan yang teruk di beberapa bahagian Jepun.

    Kerosakkan banyak berlaku


    Menerusi perkongsian daripada Bintulu News Page, beberapa kesan daripada bencana tersebut dapat dilihat. Bukan sahaja kemusnahan harta benda sahaja yang berlaku, malahan kecederaan dan kematian turut dilaporkan.






    Ombak besar naik ke darat




    Taufan yang sangat kencang itu bermula dikawasan tengah Jepun membawa ke bahagian utara negara matahari terbit itu juga mengakibatkan air laut berombak tinggi hingga dapat dilihat dalam jarak yang jauh.

    Ia juga menyebabkan banjir besar berikutan hujan lebat yang dibawa oleh angin kencang di kawasan tersebut.

    Terus berhati-hati

    Menerusi gambar-gambar yang sertakan itu, dapat disimpulkan bahawa Taufan Hagibis yang melanda Jepun semalam benar-benar satu bencana yang hebat sehingga mengakibatkan pelbagai kerosakkan dan kemusnahan.

    Semoga mangsa-mangsa di negara itu kuat dan tabah menghadapi dugaan ini dan terus berhati-hati jika ada gelombang kedua Taufan tersebut.



    Sumber: https://borakdaily.com


    from Sehinggit Media News https://ift.tt/2VCXjqs
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment