Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan bermula tahun depan semua restoran (termasuk kedai mamak) dan warung di tepi jalan hanya boleh beroperasi sehingga jam 12 malam.
Peraturan itu bakal dilaksanakan bagi mengurangkan gejala sosial di kalangan remaja seperti kes penyalahgunaan dadah, vandalisme, penyalahgunaan alkohol, pergaduhan dan sebarang tingkah laku yang tidak bermoral.
Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob berkata, restoran dan kedai-kedai makan yang beroperasi selepas tengah malam antara punca golongan belia kerap keluar lewat malam.
Oleh itu, beliau percaya dengan menghadkan waktu operasi premis-premis berkenaan boleh mengurangkan gejala sosial di kalangan anak-anak muda.
"Kita berhasrat untuk melaksanakan peraturan itu di mana kegiatan pada waktu malam tidak melebihi jam 12 malam.
"Jadi kita minta semua kakitangan kerajaan memberi sokongan penuh. Semakan dilakukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya dapat kurangkan tarikan anak-anak muda ketika berada di luar," katanya memetik laporan dari Harakah Daily.
Sumber: Harakah Daily, World of Buzz
from The Reporter https://ift.tt/33X3c4H
via IFTTT
No comments:
Post a Comment