loading...
  • Breaking News

    Wednesday, November 27, 2019

    'Nurse terkejut tengok keadaan saya macam mayat hidup' - Ibu hamil 7 bulan alami alahan teruk


    ‘Morning sickness’ atau mabuk semasa hamil tidak dapat dipisahkan dari wanita hamil. Ada yang mengalami alahan ini semasa awal kehamilan dan ada juga yang mengalaminya semasa di hujung kehamilan. Kebiasaannya, apabila kandungan sudah menjengah ke trimester dua, mabuk atau alahan itu beransur hilang.  Tetapi, tempoh alahan ini juga bergantung kepada individu.

    Selalunya kita sering mendengar ibu mengandung ini mengalami alahan seperti muntah-muntah, tiada selera makan, loya dan sebagainya. Tetapi wanita ini pula sebaliknya. Saat kandungannya memasuki 7 bulan, dia mula mendapat alahan pada kulitnya sehingga dia sukar untuk berjalan. 

    SELAMAT HARI LAHIR ANAK MAMA ADRIAN RAYQAL

    Baru ada kekuatan untuk mama bercerita pengalaman mama mengandungkan Ayen. Kenangan yang mama tak dapat lupa sampai bila-bila. Masa mama dapat tahu mama mengandungkan Ayen, mama la orang paling seronok sekali tau.  Masa awal mama mengandungkan Ayen, semuanya elok-elok je. Tak ada pun alahan muntah-muntah pening semua tu. Sampailah perut 7 bulan, mungkin Allah nak uji mama. 

    Tiba-tiba naik biji-biji nanah di betis mama. Mama ingat biji biasa. Dalam hati cakap,  "Tak apa, nanti lega la tu...". Tapi mama salah. Hari demi hari biji-biji tu merebak dari betis naik ke peha. Terus mama tak boleh berjalan. Sakit yang teramat sakit. Sakit yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata. 

    Dari boleh berjalan, terus duduk di kerusi roda. Ubat segala ubat baba, maktok, tokwan, usaha nak bagi mama lega. Hari-hari mama nangis fikir macam mana nak lega. Sekali maklong dan, makngah menangis tengok keadaan mama.




    Apa salah mama sampai Allah uji mama macam ni. Dalam hati mama, satu je, janganlah jadi kat anak mama. Dari paha naik ke seluruh badan, mama mampu baring je. Mandi, baba uruskan. Baba kerja, maktok, maklong, makngah la ambik alih mandikan mama, suapkan mama makan.

    Masa tu Allah tarik nikmat makan, nikmat berjalan. Bayangkan mama mengidam nak makan satu pun tak dapat. Hari-hari nasi dengan ikan rebus je. Tak beranak lagi dah kena pantang. Takut makan nanti jadi lebih teruk nanah di badan mama. Tangan mama dah tak boleh angkat sebab dah merebak semua dekat tangan. Tapi mama usaha jugak suap sendiri sebab anak mama dalam perut lapar kan. 

    Mama usaha bangun nak berjalan juga sampai jatuh dalam bilik air. Alhamdulilah mujur tak jadi apa-apa dekat adik. Air panas tumpah dekat kaki la. Yerla, mama kan tak dengar cakap nak buat semuanya sendiri.

    Orang lain mengandung seronok dapat beli baju baby, dapat pergi makan sedap. Tapi mama duk di kerusi roda mengenangkan nasib. Pakai baju pun tak boleh. Mama busuk bau hanyir, malu orang dekat mama. Sampaikan semua kawan-kawan mama tak tahu pun mama sakit. Pandaikan mama rahsia.

    Baba la balik kerja sapu ubat kat mama dengan harapan mama lega. Baba pun kurus je time tu risaukan mama. Sampai lupa nak pergi check up dekat KK. Last sekali nurse datang nak check mama. Sekali nurse terkejut tengok keadaan mama time tu ibarat mayat hidup. Last-last nurse buat surat suruh pi hospital. Mama ni penakut sikit dengan hospital.

    Ok mama pun siaplah cantik-cantik nak pergi hospital walaupun mama busuk. Sampai ja di hospital, baba tinggalkan mama kejap pergi daftar. Yang mama ni tutup habis kaku tangan, takut orang nampak, takut orang geli dengan mama. Ada juga orang yang nampak kulit mama, mama tunduk je malu. 

    Masuk jumpa doktor, doktor kata dekat baba, bini awak kena tahan wad. Mama dengar masuk wad, mama terus tak mahu. Doktor kata kena masuk juga. Ok mama pun kata, “Nak saya masuk, boleh tapi janji dulu tak boleh cucuk saya.” Doktor pun buat perjanjian takkan cucuk mama. Tiba-tiba baba sebak mama kena tahan wad.

    Selesai jumpa doktor, baba pun tolak la mama masuk wad. Nurse cakap suami tak boleh tunggu. Terus berubah muka baba. Sebelum baba nak balik, baba dukung mama pi tukar baju apa semua dulu. Bagi mama makan. Nurse pun tengok baba uruskan semua mama. Nurse pun panggil baba, “Encik boleh tunggu dia, sebab kami tengok dia memang tak boleh bergerak langsung. Takut nanti ramai pesakit, kami tak sempat nak tengok dia.” Baba pun apa lagi, terus senyum la dapat jaga mama. Terus mama dapat bilik khas untuk mama je. 


    Bermulalah rutin baba ulang alik kerja dengan rumah baru dia ‘hospital.’ Duduk di wad, mama teringin nak makan macam mcd rebus. Mama kata nak makan juga. Ala tak apa doktor kan ada. 

    Esoknya, mama kena jumpa doktor pakar, nak ambil isi kaki sikit, doktor nak tahu apa punca jadi macam ni. Time nak belah ambil isi, suara mama paling kuat. Mama jerit sekuat hati. Settle semua, mama pun balik wad. Nurse-nurse Hospital Bahiyah semua baik-baik layan mama. Kulit mama menggelupas macam ular sawa salin kulit tu sampai penuh lantai. 

    Makcik cleaner pun masuk bilik mama dia terkejut. Dia tanya “Apa ni?”. Lepas tu dia keluar lama, ingatkan dah tak jadi cuci. Rupanya dia terkejut tengok kulit mama penuh lantai. Dia pun datang sekali lagi, kali ni siap sarung tangan, topeng muka.  Mungkin dia takut berjangkit. Lama-lama dia pun tak kisah dah, terus tak pakai sarung tangan. Sambil sapu, sambil gosip dengan mama. 

    Time mama mandi je, kulit mama terus bertukar biru. Baba cepat-cepat suruh mama berhenti mandi. Rupanya tu kesan ubat yang mama makan, nak bagi cepat lega. Tiap malam baba tidur tak nyenyak, tidur pun beralaskan lantai je. Kejap-kejap nak dukung mama kencing lagi. 

    Ada satu malam mama tak mahu gerak baba, mama nak terkencing. Mama curi-curi turun katil, kononnya boleh berjalan la sangat. Baba terjaga, terus dukung mama. Kesian baba, masa mama sakit, baba la tempat mama luah rasa marah tu. Hari-hari mama marah. Kurus kering baba time tu. 


    Alhamdulilah, Allah bagi mama lega dua minggu sebelum mama beranakkan adik. Mama dapat pi beli baju adik walaupun naik kerusi roda pun okay la kan. Bila dapat berjalan balik, nikmat tu macam baru dapat kaki. Mama jalan tak berhenti. Yerla dua bulan mama duk atas kerusi roda.

    Cukup 38 minggu mama lahirkan adik. Allah permudahkan urusan mama. Alhamdulilah, adik keluar dengan sempurna kulit adik, bersih. Mama bersyukur sangat benda tu tak jadi kat adik. Allah betul-betul uji kesabaran mama nak dapatkan Ayen. Jadi la anak yang mendengar kata, anak yang soleh ya anakku.



    from The Reporter https://ift.tt/2KS0C9h
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment