loading...
  • Breaking News

    Thursday, November 28, 2019

    Wakil Rakyat PH Ponteng Sidang Dewan Rakyat Sebab Penat, Suhu Terlampau Sejuk Katanya


    Keletihan dan suhu terlalu sejuk dijadikan alasan bagi mewajarkan tindakan sebahagian besar Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang gagal menghadiri sesi perbahasan dan penggulungan Belanjawan 2020 yang dijadualkan berlangsung di Dewan Rakyat sejak Oktober lalu hingga awal Disember.

    Memetik laporan Malaysia Gazette pada 27 November, Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul menjelaskan bahawa mereka keletihan akibat terpaksa pulang lewat kerana sesi tersebut berlangsung hingga waktu malam.

    Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani akan berbincang dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berhubung isu itu yang menyebabkan sidang sering tidak cukup kuorum.

    "Lazimnya, kalau kamu lihat dalam sesi bajet ini kita balik lewat. Selalunya, 10.30 malam dan semasa sampai di rumah pukul 12 malam mandi dan tidur pukul 1 pagi sebelum mengucapkan hai kepada isteri dan bangun lewat pagi untuk sesi pagi kerana kepenatan.


    "Keduanya, ialah mereka dihimpit dengan banyak sangat program pada masa yang sama disebabkan hujung tahun dalam kementerian dan tempat lain yang perlu diberi fokus juga. Memang kita ada jadual tugas tetapi ada yang ikut dan ada yang tidak dapat," katanya.

    Sementara itu, Astro Awani melaporkan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin memberi alasan bahawa ramai Ahli Parlimen tidak mampu berada di dalam sidang untuk tempoh yang lama kerana suhu terlalu sejuk.

    Beliau yang juga Ahli Parlimen Sepang memberitahu, adalah mustahil untuk mereka menahan kesejukan selama berjam-jam.

    "Bukan mudah untuk kami duduk dalam jangka masa yang lama. Ada ketikanya ia sangat sejuk. Di mana-mana sahaja di (Parlimen) negara lain, anda tidak boleh jangka Ahli Parlimen terus duduk dalam dewan," jelasnya.

    Kekecohan berlaku dalam sidang Dewan Rakyat pada 26 November apabila Rang Undang-undang (RUU) Pembekalan (Belanjawan) 2020 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat nyaris-nyaris tidak dapat diluluskan akibat tidak cukup kuorum.

    Mungkin Dewan Rakyat boleh melaksanakan tindakan memotong elaun wakil rakyat yang sering ponteng tanpa alasan kukuh memandangkan masalah ini sudah berpanjangan sejak tahun lalu lagi. 

    Sumber: forum CARI


    from Sehinggit Media News https://ift.tt/2OQbAxg
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment