Mana-mana wanita yang memiliki suami yang pemalas boleh ‘makan hati’. Hanya kesabaran demi kesabaran sahajalah yang boleh menyelamatkan rumahtangga yang terbina.
Tanpa kesabaran yang kuat, silap haribulan rumahtangga boleh goyah. Sikap pemalas yang dimiliki oleh sang suami adakalanya cukup menyakitkan hati para isteri. Tenaga ekstra diperlukan oleh sang isteri untuk menyelesaikan banyak perkara tanpa bantuan sang suami.
Jika dibiarkan berterusan, lama kelamaan si isteri pasti rasa terbeban dan cukup stres.
Untuk menghadapi masalah seperti itu, berikut beberapa tips menghadapi suami pemalas yang boleh anda praktik.
Jangan Sesekali Memekik-Mekik!
Sekalipun anda sedang stress dengan sikap pemalasnya, jangan sesekali anda memekik-mekik atau menjerit marah. Tindakan anda itu hanya akan memperburukkan lagi situasi.Lebih baik anda berterus-terang sahaja, kerana lelaki sering tidak tahu di mana letaknya kesalahan mereka.Kebanyakan mereka beranggapan ia bukan masalah besar dan tidak suka menganggapnya sebagai satu masalah.
Berterus-Terang
Jika kemalasannya membuatkan anda hilang semangat atau rasa kurang bahagia, eloklah anda berterus-terang supaya suami anda faham. Tetapi, anda jangan hairan jika anda terpaksa mengingatkannya berkali-kali kerana dia akan mengulangi lagi tahap kemalasannya itu.
Berikan Suami Pujian
Orang yang malas biasanya tidak mempunyai motivasi dalam hidpnya dan tidak mampu memberikan motivasi yang baik untuk dirinya.Jadi, sebagai isteri yang berhadapan dengan suami pemalas, anda perlu bekerja keras sedikit untuk memotivasikan dirinya.
Mungkin jika anda ingin suami anda membantu, anda boleh tanyakan terlebih dahulu apa yang boleh suami bantu. Ia akan memudahkannya untuk membuat pilihan dan anda boleh membuat pembahagian tugas.Setiapkali suami membantu anda, jangan lupa ucap terima kasih dan berikan kata-kata pujian yang ikhlas daripada hati anda.
Terima Sahaja Kekurangan Suami
Ingat tiada manusia yang sempurna di dunia ini! Jadi, anda perlu ingat bahawa di antara sejuta kebaikan suami, tentu anda juga keburukannya yang akan menyakitkan hati anda.Mungkin ada di antara keburukannya itulah yang akan menjadi satu masalah yang sangat besar sehingga boleh memporak-porandakan rumahtangga yang terbina.
Untuk mengatasinya, anda perlu menerima kekurangan suami anda dengan hati yang terbuka.Lagipun, para lelaki yang pemalas ini mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka bersikap sedemikian. Jadi, tidak ada gunanya jika anda berterusan membuang masa untuk berdebat dengan suami yang ada sikap malas ini.
Teruslah Bersabar Selagi Mampu
Sabar dan teruslah bersabar selagi anda masih mampu dan sayangkan ikatan yang terbina. Anda perlu faham, terdapat dua jenis sikap orang pemalas.Malas kerana memang tengah malas, dan satu lagi yang paling berbahaya, kemalasan yang dah bertahun-tahun sebati dalam diri dan berjalan seiring dengan pertambahan usianya.
Sebagai isteri, janganlah ikutkan rasa panas hati anda itu sehingga merosakkan rumahtangga yang terbina yang kerana ada sudah tidak sabar dengan sikap pemalas suami anda.Selagi boleh sabar, sabar ya dan teruslah berdoa agar suami anda boleh mengubah kebiasaan sikap pemalasnya itu.
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2XJ7smK
via IFTTT
No comments:
Post a Comment