Malam Selasa lalu, dua lelaki warga Vietnam yang masuk ke Pulau Pinang secara sah, ditahan kerana menjalankan aktiviti urut untuk kaum sejenis dengan caj RM150 selama sejam dalam keadaan bogel.
Perbuatan mereka itu terbongkar selepas anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menyerbu hotel di Jalan Transfer, Georgetown pada jam 11 malam Selasa, 12 November 2019.
Ketika diserbu, dua lelaki terbabit sedang mengurut seorang lelaki tempatan dalam keadaan bogel.
Pemeriksaan lanjut mendapati dua lelaki itu berusia 29 dan 31 tahun itu mengaku menjalankan aktiviti seks songsang dengan mengenakan bayaran kepada pelanggan dan sudah beroperasi selama lima hari selepas masuk ke Malaysia dengan menggunakan pas lawatan sosial.
Mereka juga giat mencari pelanggan menggunakan media sosial.
Dalam serbuan itu, JIM turut merampa wang tunai berjumlah RM1,200 yang dipercayai hasil dari aktiviti semburit, selain merampa ubat perangsang dan kondom yang digunakan.
Kedua-duanya ditahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
25 November 2019, pasangan gay Tang Van Duc, 22, dan Lee Vu Linh, 29, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan melanggar peraturan 11(7)(a) Peraturan Imigresen 1963 dengan melakukan aktiviti tidak bermoral di hotel di Jalan Burma, Georgetown.
Kedua-dua tertuduh membuat pengakuan bersalah itu di hadapan Hakim Norhayati Mohd Yunus yang kemudian mengenakan hukuman denda RM1,000 ke atas kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2qJ5y9A
via IFTTT
No comments:
Post a Comment