Penyelaras kumpulan yang membawa pulang abu mayat Chin Peng untuk ditabur di Perak, Chai Kan Fook, 81, berkata sebaik saja abu mayat itu tiba di Ipoh, mereka telah menganjurkan majlis peringatan yang dihadiri lebih 150 orang.
Katanya, abu mayat itu dibawa pulang bagi memenuhi hasrat terakhir Chin Peng agar abu mayatnya dibawa pulang ke tempat asalnya di Sitiawan dan kubur ibu bapanya di Lumut sebelum menabur abu tersebut di laut dan hutan.
"Biarlah kembali ke laut dan gunung di tanah airnya, biarlah dia selamanya dengan kawan-kawannya yang berkorban untuk negara ini," katanya ketika membuat pengumuman pada petang hari ini di Ipoh yang turut dihadiri rakan-rakan seperjuangan Chin Peng.
Namun begitu, majlis upacara peringatan itu tidak didedahkan kerana mahu mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
"Sekarang kami telah menyelesaikan tugas itu, kami sangat gembira," katanya.
Sementara itu, Chai percaya kerajaan PH tidak akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka kerana berpandangan kerajaan PH mempunyai sikap yang berbeza berbanding kerajaan BN sebelum ini.
"Kami tidak melanggar undang-undang, kami mempunyai kepercayaan terhadap PH, kami percaya kepada mereka.
"Kami sangat tua sekarang. Jika mereka mahu mengambil tindakan, mereka hanya boleh menangkap kami," kata She Yu, 74, sambil ketawa.
Bagi Tong Yee, 82, pula berkata, PH tidak akan berkelakuan seperti parti BN.
"Jika mereka sama saja seperti kerajaan terdahulu, apakah itu bermakna rakyat telah membuat keputusan yang salah untuk menggulingkan BN pada pilihan raya umum tahun lepas?" soalnya.
Sumber: MalaysiaKini
LAPORAN BERKAITAN
- KDN siasat dakwaan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia, pihak terlibat akan dikenakan tindakan undang-undang
- Abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia, ditabur di Perak
from The Reporter https://ift.tt/2sla66z
via IFTTT
No comments:
Post a Comment