Isu abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia tidak perlu diperbesarkan kerana pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu sudah meninggal dunia, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Dia sudah mati. Banyak orang yang dulu dera kita macam orang Jepun apa semua. Tetapi kita lupakan yang lama. Bukan dia boleh buat apa dah. Cuma abu dia sahaja yang balik.
"Kita beri Shamsiah Fakeh balik pun tiada siapa complaint. Kenapa? Sebab dia Melayu kot? Ada lain lagi.
"Tapi Chin Peng memang kita tak mahu terimalah sebab dia ketua," katanya.
Mahathir tidak menolak kemungkin ada pihak tertentu yang mempunyai agenda tersendiri dan mengambil kesempatan terhadap isu tersebut yang memburukkan imej kerajaan.
"Benda macam ini, yang nak bangkit ini untuk apa? Nak puaskan hati siapa? Nak suruh kita pergi kutip dan hantar ke luar negeri? Benda yang kecil macam tu korek nak memburukkan kerajaan,' Katanya.
Selain itu beliau berkata, tindakan membawa masuk abu mayat Chin Peng itu adalah di luar kawalan mana-mana pihak.
"Macam mana kita nak tahu? Dia bawa abu dalam flusk dan kita tak tahu siapa yang nak tengok. Kalau nak buang abu tu, buanglah.
"Kalau (disebabkan abu mayat Chin Peng) nak buang saya, buanglah. Itu lebih penting lagi daripada pembangunan yang kita buat, kita dapat jaga negara dengan aman," katanya.
Sumber: Astro Awani, MalaysiaKini
from The Reporter https://ift.tt/34tObs1
via IFTTT
No comments:
Post a Comment