Perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) telah berakhir selepas parti itu menandatangani Perjanjian Damai dengan kerajaan Malaysia di Hatyai, Thailand pada Disember 1989.
"Perjanjian itu jelas tunjukkan yang sudah tu sudahlah. Negara kita menghadapi masa depan berdamai dan memang sejak benda itu ditandatangani, tidak ada langsung (ancaman komunis) kecuali you boleh semak dengan SB (cawangan khas), tunjukkan orang komunis nak tubuhkan parti komunis baru," demikian kata bekas ketua polis negara, Abdul Rahim Noor.
Beliau berkata, tindakan kumpulan yang membawa pulang abu mayat Chin Peng bukan lagi menjadi suatu ancaman.
Abdul Rahim yang ketika itu merupakan Ketua Polis Cawangan Khas, terlibat secara langsung dalam perjanjian damai itu berkata, perjanjian itu menetapkan syarat yang membolehkan semua pemimpin PKM kembali ke tanah air termasuk Chin Peng. Namun Chin Peng dan beberapa pemimpin kanan PKM pada masa itu membuat keputusan untuk tidak pulang.
"Menurut perjanjian ini, salah satu sebut mereka ni boleh balik, tapi janganlah ulang balik cerita lama, nak tubuh balik PKM.
"Jadi, kalau Chin Peng boleh balik, takkanlah abu dia tak boleh balik? Kenapa pula heboh-heboh ini kata tak boleh.
"Kita rakyat Malaysia tak kiralah wartawan ke, Adun ke, MP ke, kena memikirkan isu ini berdasarkan kepada wujudnya Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani dengan PKM pada Disember 1989.
"Saya rasa tidak ada isu, tidak seharusnya menjadi isu," katanya.
Rahim turut menyelar pihak yang sengaja memgembar-gemburkan isu mengenai mendiang Chin Peng dengan membahagikan mereka kepada beberapa kategori.
"Sebab pertama, mereka tidak sedar telah wujud Perjanjian Damai Disember 1989. Kedua, mungkin bersikap rasis sebab Chin Peng ini dia dah memberontak sejak 1948, komunis pula dan dia ni orang Cina. Jadi timbulkan kebencian atas faktor-faktor itu.
"Ketiga, mereka ni tau abu Chin Peng ni boleh bawa balik tetapi sengaja tidak mahu menerima kenyataan," katanya.
from The Reporter https://ift.tt/2XRyNmC
via IFTTT
No comments:
Post a Comment