Wanita ditemui suaminya sudah meninggal dunia di dalam sebuah kereta dipercayai akibat bunuh diri.
Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di tempat letak kereta Hospital Umum Sarawak (HUS), di Kuching pada 9.15 malam Isnin lalu.
Lelaki berusia 45 tahun terbabit dikatakan bertindak memecahkan cermin kereta selepas isterinya, 43, yang sudah terkulai tidak memberi respons apabila dipanggil.
“Selepas berjaya memecahkan cermin kereta, lelaki terbabit terhidu bau busuk sebelum menghubungi polis.
“Wanita itu kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan HUS yang hadir di tempat kejadian,” kata Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani.
"Hasil siasatan awal mendapati mangsa keluar dari rumahnya pada Ahad lalu dan pemeriksaan di lokasi menemui dua keping nota tulisan tangan berbahasa Cina di dalam beg tangan mangsa.
“Hasil terjemahan oleh suami dan anaknya, nota itu lebih kepada luahan perasaan berkenaan masalah yang dihadapi serta tekanan dalam kehidupan,” katanya.
Tambahnya, berdasarkan tanda pereputan awal, mangsa dipercayai sudah meninggal lebih 24 jam dan mayat kemudian dihantar ke HUS untuk tindakan lanjut.
Selain itu, pemeriksaan tidak menemui sebarang tanda mencurigakan pada badan mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Difahamkan, pasangan itu sudah berkahwin lebih 20 tahun dan mempunyai dua anak.
Sumber: CARI forum
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2rzJe23
via IFTTT
No comments:
Post a Comment