Sejak kes pembunuhan Siti Nur Surya dilaporkan media, ramai netizen yang memuat naik luahan ketidakpuasan hati mereka terhadap suspek, yang juga merupakan rakan kepada mangsa. Akaun Facebook suspek turut dihujani dengan pelbagai tohmahan, caci maki, kata-kata kesat kerana tidak dapat membendung perasaan marah dalam diri kerana mangsa yang dibunuh itu merupakan seorang anak yang baik dan sanggup mengenepikan impiannya untuk melanjutkan pengajian demi menjaga ibunya yang sedang sakit.
Walaupun begitu, ibu kepada suspek tetap redha dengan apa yang berlaku dan bagi dirinya, anak perempuannya itu adalah anak yang baik dan nalurinya tetap mengatakan anaknya itu tidak bersalah.
Menurut si ibu, anaknya seorang yang baik dan tidak pernah memberontak. Anaknya yang mesra dengan panggilan 'kakak' itu merupakan anak harapan kerana dia tidak pernah merungut dengan kemiskinan mereka meskipun pernah terpaksa menangguhkan bayaran yuran sekolahnya kerana menghadapi masalah kewangan.
Kakak katanya sebelum ini pernah menerima beberapa tawaran melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), tetapi disebabkan masalah kewangan, dia terpaksa menolak tawaran itu dan tidak menunjukkan sebarang tanda protes. Malah dia memujuk ibunya agar tidak dilanda rasa bersalah di atas keputusan yang dibuatnya itu.
Si ibu berkata, kakak tidak pernah merungut atau berasa malu apabila terpaksa memakai pakaian yang sama setiap hari, termasuk baju yang disedekahkan oleh orang ramai.
Menceritakan semula pada hari anaknya ditahan polis, kakak telah membuat keputusan untuk tampil ke balai polis secara sukarela dan mengajak ibunya pergi ke balai polis tanpa sebarang paksaan.
"Saya masih ingat lagi selepas solat Subuh (Isnin), kira-kira jam 6.30 pagi. Kakak dah tunggu di ruang tamu dan selepas nampak saya siap solat, dia terus beritahu nak pergi ke balai polis.
"Dia yang ajak saya, tetapi masa itu saya tak terfikir apa pun dan hanya menurut sahaja ajakannya. Tetapi selepas beberapa minit berjumpa dengan polis, saya diberitahu yang kakak terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.
Semasa dalam perjalanan ke balai, kakak juga memaklumkan dia tidak melakukan pembunuhan itu dan dia yakin anaknya itu tidak menipu. Dia akan terus berdoa yang anaknya tidak bersalah walaupun satu dunia kini mengatakan kakak bersalah.
Jiran kepada keluarga suspek turut memeberitahu bahawa suspek merupakan seorang budak yang baik, bukannya seperti yang didakwa oleh netizen kononnya suspek seorang remaja yang liar. Jirannya berharap netizen berhenti menyebarkan fitnah berkenaan terhadap keluarga suspek dan serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
Sumber: Sinar Harian
BACA LAPORAN BERKAITAN KES PEMBUNUHAN SITI NUR SURYA
from The Reporter https://ift.tt/3jU6AoM
via IFTTT
No comments:
Post a Comment