loading...
  • Breaking News

    Monday, April 4, 2022

    'Kalau tak naik, kami tak akan dapat balik modal & untung' - Peniaga Bazar Ramadan akui terkesan dengan kenaikan kos bahan mentah

    Foto Hiasan | Rasa.my


    1 April lalu, para peniaga mengadu kesukaran mendapatkan stok bekalan minyak masak dan tepung beberapa hari sebelum bulan Ramadan. Menurut peniaga, keadaan itu berlaku sejak dua bulan lalu. 


    Selain dua bahan asas itu, bekalan telur dan ayam juga sukar didapati dan hal ini menjejaskan perancangan peniaga untuk berniaga di bulan Ramadan dan tidak menolak kemungkinan akan berlaku kenaikan harga. 


    Media pada Ahad 4 April 2022 melaporkan, sebahagian besar juadah berbuka yang dijual di bazar Ramadan mengalami peningkatan disebabkan kenaikan kos bahan mentah. Para peniaga mengakui terpaksa menaikkan harga kerana mereka telah mengeluarkan modal yang banyak.


    "Saya terpaksa mengeluarkan modal yang tinggi. Selain dikenakan caj sewa tapak dan kanopi yang agak tinggi, saya juga terkesan dengan harga barang mentah yang naik secara tidak menentu ketika ini. 


    "Kalau saya tidak menaikkan harga makanan, memang langsung tidak akan dapat semula modal yang sudah dikeluarkan, apatah lagi untung," kata Zuraidah ABu Bakar, 37, peniaga di bazar Ramadan Batu Pahat.


    Peniaga di bazar yang sama, Mohd Azhar Abdullah Karim, 35, berkata dia terpaksa menaikkan harga jualan menu ayam bakar dengan peningkatan 50 sen hingga RM1 mengikut bahagian-bahagian ayam seperti dada, paha, rangka dan lain-lain yang dianggap tidak melampaui batas dan mampu dibeli pelanggan. 


    "Kami terpaksa menaikkan harga sedikit kerana kos bahan mentah khususnya ayam agak mahal pada kadar harga sekilo ayam berharga RM8.90," katanya. 


    Sementara itu di bazar Ramadan Kelantan juga berlaku kenaikan harga berikutan kos bahan mentah meningkat. Ayam percik yang sebelum ini dijual dengan harga RM8 hingga RM9, kini dijual pada RM10 seketul. Begitu juga dengan roti john dijual dengan harga RM8 berbanding sebelum ini RM6-RM7 sahaja. 


    Peniaga mengakui mereka terpaksa menaikkan harga berikutan kos bahan mentah yang tinggi. Dan jika tidak berbuat demikina, mereka akan menanggung kerugian.


    Walaupun begitu, pelanggan tetap membeli kerana faham kos bahan mentah naik dan tetap memberi sokongan kepada peniaga sekiranya tidak berlaku kenaikan yang terlalu tinggi. 


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/MY5iHEt
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment