loading...
  • Breaking News

    Friday, April 8, 2022

    'Bukan abang nak makan anak sendiri' - Temberang tak menjadi, bapa tujuh anak dipenjara 14 tahun 4 sebatan kerana 'ratah' anak sendiri



    Mahkamah Sesyen Melaka semalam menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan empat sebatan terhadap seorang bapa kepada tujuh anak atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya. 


    Lapor Utusan Malaysia, tertuduh berusia 46 tahun dmengaku bersalah di atas dua pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin dan Hakim Nariman Badruddin dalam perbicaraan berasingan. 


    Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa berusia tujuh tahun 11 bulan di sebuah rumah di Bukit Rambai, Melaka Tengah antara pertengahan hingga akhir Oktober 2018. 


    Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama. Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. 


    Bagi kesalahan mengikut Seksyen 16 (1), tertuduh berdepan dengan hukuman penjara maksimum lima tahun dan minimum dua sebatan. 


    Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan yang sama terhadap mangsa sama pada jam 2.30 pagi di alamat sama pada 23 November 2021. 


    Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan. 


    Pada hari kejadian 23 November 2021, mangsa memaklumkan kepada ibunya mengenai kejadian badannya dihimpit ketika tidur. Sebaik saja tersedar, bapanya segera bangun dan keluar. Bapanya sempat menghulur RM50 tetapi mangsa tidak mengambil wang tersebut. 


    Ibu mangsa kemudian bertanya kepada suaminya menyebabkan tercetus pertengkaran. Tertuduh yang tidak terkawal bertindak menarik rambut dan memukul badan isterinya. 


    Beberapa jam kemudian, tertuduh menghantar mesej kepada isterinya, memohon maaf di atas apa yang berlaku dan menafikan dakwaan mangsa. 


    "Abang minta maaf, abang macam kena rasuk pagi tadi. Bukan abang nak makan anak sendiri. Nasib baik abang terus sedar tak buat benda yang tak baik," katanya.


    Hakim kemudian menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta memerintah hukuman berjalan serentak daripada tarikh tertuduh ditangkap. 


    Sumber: Utusan Malaysia, Free Malaysia Today



    from The Reporter https://ift.tt/KSA5vRk
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment