loading...
  • Breaking News

    Friday, April 8, 2022

    Wanita hayun pedang samurai, bengang pasangan suami isteri enggan lakukan hubungan intim (3 hala) dengannya



    Berbekalkan sebilah pedang samurai, seorang wanita mengetuk pintu rumah rakan lelakinya selepas dia dan isterinya dikatakan enggan melakukan hubungan intim secara tiga hala dengannya. 


    Pasangan berkenaan mendakwa, mereka telah diugut beberapa kali oleh wanita itu sehingga terpaksa melarikan diri ke Bangkok. Malangnya, wanita itu dapat mengesan keberadaaan mereka. 


    Netizen di Thailand baru-baru berkongsi video yang menunjukkan suspek berpakaian biru tua cuba menyerang mangsa menggunakan pedang samurai di hadapan rumahnya. 


    Video tersebut disertakan dengan kapsyen, "Lelaki enggan melakukan hubungan intim diugut dengan pedang samurai. Perempuan itu bengang selepas lelaki itu tidak mahu melakukan hubungan intim secara tiga hala. Dia cuba menyerang mangsa menggunakan pedang samurai tetapi gagal". 


    Difahamkan, lelaki berusia 38 tahun itu dikenali sebagai Air menjelaskan dia mengenali suspek, Aum, 40, sejak setahun lalu. Masing-masing mempunyai pasangan tetapi Aum sentiasa meminta Air melakukan hubungan intim dengannya. 


    Sebagai lelaki yang setia kepada isterinya, Air menolak walaupun kerap didesak oleh Aum. Tidak tahan dengan desakan Aum, Air dan isterinya akhirnya berpindah ke Bangkok. Ketenangan itu tidak bertahan lama apabila Aum datang ke rumah isterinya di kampung dan mengugut anak lelaki mereka berusia 11 tahun. 


    Sehinggalah pada hari kejadian, Aum berjaya memperoleh alamat baru pasangan itu lalu datang mengugut mereka menggunakan pedang samurai. 


    Difahamkan, Aum pergi ke rumah Air bersama dengan teman lelakinya dengan membawa pedang samurai yang disembunyikan di belakang punggungnya. Apabila dia mendakati Air, Aum menyebat dan cuba menetak Air. 


    Kejadian itu dirakam oleh isteri Air dan kemudian dimuat naik ke media sosial. Dia percaya Aum mungkin menghidap penyakit psikotik. 


    Bagaimanapun, Air dan isterinya masih belum membuat laporan polis terhadap Aum. Mereka baru sahaja melarikan diri ke wilayah lain demi keselamatan mereka. 



    Sumber: Sanook



    from The Reporter https://ift.tt/3uBVCIs
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment