loading...
  • Breaking News

    Friday, April 15, 2022

    Kecoh pelanggan biadab marah staff Chef Ammar sebab beri keutamaan kepada ibu hamil beli nasi Arab



    Gerai nasi Arab Chef Ammar di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam sekali lagi tular di media sosial berikutan timbulnya kekecohan dari pelanggan yang tidak berpuas hati wanita hamil diberi keutamaan untuk beratur di lorong khas yang disediakan. 


    Difahamkan, salah seorang pekerja gerai itu dimarahi oleh pelanggan yang bengang dengan golongan ibu mengandung diberi keutamaan berbanding pelanggan lain. 


    Pelanggan yang tidak berotak itu dikatakan membuat aduan kepada pihak polis yang kemudian datang ke gerai tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai insiden itu. 


    Chef Ammar menjelaskan, dia sememangnya memberi keutamaan kepada wanita hamil untuk membeli menunya, sepertimana di tempat lain juga memberi keutamaan kepada golongan ibu hamil. Tegasnya lagi, apa yang dilakukannya itu bukanlah satu kesalahan, tetapi sifat prihatin terhadap golongan yang perlu diberi keutamaan. 



    Menyedari insiden kekecohan itu berlaku, wanita hamil lapan bulan berkenaan tampil memberi penjelasan dalam temubualnya bersama mStar Online. 


    Nur Aliah Natasha Nasaruddin, 26, menegaskan dia pada awalnya datang beratur seperti biasa di gerai itu sehinggalah ada pekerja gerai meminta dia beratur di lorong khas untuk ibu hamil. 


    "Mereka nampak ada wanita mengandung, jadi mereka terus suruh ke depan. Walaupun saya dapat priority lane, saya masih kena tunggu 30 minit. Tapi saya tak nak bising-bising, saya tunggu saja. 


    "Saya tak minat pun nasi Arab ni tapi sebab ibu bapa saya nak makan dan ramai lagi keluarga yang kirim, jadi kami pun datang seawal jam 12 tengah hari," katanya yang menetap di Melaka. 


    Sementara itu, netizen mengecam tindakan pelanggan biadab lagi tidak berotak terbabit yang langsung tidak ada perasaan simpati terhadap golongan wanita mengandung. 


    "Asal makin bodoh eh some of Malaysians? Tak ada nilai simpati ke? Aku tak nak ambik port hal ni tapi makin lama makin bodoh je perangai some Malaysians ni haih, sedih!" kata Makdang. 


    "Kesian aku dengan Chef Ammar ni. Macam-macam karenah nak hadap. Yang tak boleh beratur lama-lama, yang jenis complaint nasi mahal, yang ini pula jenis tak sabar sampai tak ada empathy. Pelik aku, bulan-bulan puasa ni keluar habis perangai setan ek," kata Knizam. 


    "Gais, selepas bulan puasa pun boleh makan kat kedai dia. Dah kenapa macam setahun sekali dapat makan je, dah kenapa?" kata Nass G. 


    Sumber: Twitter brgsjks, mStar Online



    from The Reporter https://ift.tt/FBOIdv8
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment