Seorang wanita yang dikenali sebagai Neneng berusia 41 tahun tergamak memaksa anak perempuannya berusia 17 tahun melakukan hubungan intim dengan suaminya, Syaiful, 45, yang juga merupakan bapa tiri mangsa.
Kejadian tersebut berlaku di Desa Geringging Baru, Kecamatan Sentajo Raya, Riau Indonesia baru-baru ini dan pasangan durjana terbabit telah ditahan atas kesalahan itu.
Ketua Unit Siasatan Jenayah, Boy Marudut Tua berkata, kedua-dua suspek itu telah ditangkap pada 8 April lalu dan siasatan mendapati suspek, Syaiful, telah berulang kali melakukan hubungan terlarang itu dengan anak tirinya. Kali terkahir mangsa 'diratah' adalah pada Selasa 5 April di rumah suspek.
Syaiful dan Neneng dikatakan baru sahaja bernikah sejak tiga bulan lalu, tetapi tiada sebarang dokumen pernikahan. Pernikahan mereka hanya sekadar pengakuan di mulut sahaja.
Kejadian bermula apabila Syaiful terdahulu mengajak Neneng melakukan hubungan intim. Tetapi Neneng menolak ajakan suaminya lalu meminta mangsa secara paksaan melayani nafsu suaminya.
Mangsa sempat menolak dan hal itu membuatkan ibunya berang lalu bertindak memukul anak perempuannya itu. Malah, Neneng mengancam mahu menghalau mangsa keluar dari rumah sekiranya tidak mengikuti arahannya.
Sementara itu, Syaiful mengaku telah mengauli anak tirinya itu sebanyak enam kali.
Sejak dari kejadian itu, mangsa dilarang keluar dari rumah dan tidak dibenarkan pergi ke sekolah. Hal itu menyebabkan mangsa tercicir dari sesi persekolahan.
Jiran berhampiran menyedari mangsa jarang keluar dari rumah. Curiga dengan keadaan itu, jiran berkenaan tampil membuat laporan polis. Bertindak di laporan itu, polis datang ke lokasi dan mendapati mangsa telah digauli bapa tirinya atas perintah ibu kandungnya.
Kes masih dalam siasatan polis dan kedua-dua suspek kini berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun.
Sumber: Tribun News
from The Reporter https://ift.tt/v92H3Im
via IFTTT
No comments:
Post a Comment