Beberapa hari lalu, seorang pekerja restoran makanan segera, Burger King, memuat naik video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan tiga wanita yang didakwanya tidak berpuasa.
Tindakan pekerja terbabit mengundang kecaman netizen kerana menyalahgunakan kedudukan dirinya merakam dan menularkan video CCTV yang tidak sepatutnya disebarkan kepada umum, selain mengaibkan pelanggannya.
Baca: 'Aku tunggu Burger King pecat staff dia yang sebar video ni demi content di TikTok' - Netizen
Burger King Malaysia juga tampil mengeluarkan kenyataan dan mengesahkan kejadian itu berlaku di salah satu cawangan restorannya.
Menurut kenyataan itu, Burger kini kesal dengan tindakan kakitangan berkenaan dan tidak sama sekali membenarkan mana-mana kakitangannya berbuat demikian. Burger juga memberi jaminan pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit.
"Dengan rasa kesal, kami mengesahkan bahawa perkongsian tersebu dibuat oleh seorang pekerja Burger King Malaysia. Bagaimanapun kami tidak membenarkan kelakuan sedemikian dan tindakan sewajarnya akan diambil.
"Di Burger King Malaysia, kami sangat menghargai dan menghormati privasi pelanggan kami dan oleh itu akan mengambil langkah untuk memastikan perkara ini tidak berlaku pada masa hadapan," kata kenyataan itu yang dikeluarkan pada hari semalam, Jumaat, 22 April 2022.
Di ruangan komen, netizen menyokong tindakan Burger King Malaysia dan meminta syarikat berkenaan mengetatkan larangan penggunaan telefon pada kakitangannya semasa waktu bekerja bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.
"Budak TikTok ghairah nak kejar likes, sanggup langgar polisi tempat kerja. Apa yang berlaku di dalam sana, tidak usah sibuk nak viralkan," kata Fiqah.
"Pastikan pekerja Burger King Malaysia faham polisi kerja dan latih mereka mengenai etika kerja. Kalau mereka langgar polisi kerja, pastikan mereka bukan sahaja dipecat, tetapi disaman," kata Nasution.
Sumber: Burger King Malaysia
from The Reporter https://ift.tt/0LHRjap
via IFTTT
No comments:
Post a Comment