loading...
  • Breaking News

    Monday, April 4, 2022

    JAIM akan beri notis kalau bawa rokok dalam poket sebelum jam 2 petang

    Foto Hiasan


    Rakyat Melaka yang didapati membawa rokok di dalam poket pakaian sebelum jam 2 petang akan dikenakan notis untuk hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bagi tindakan peringatan. 


    Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, tindakan itu dibuat bagi membolehkan penguatkuasaan dilakukan secara efektir tanpa sebarang manipulatif. 


    "Kita akan buat pendekatan di peringkat penguat kuasa operasi, kita akan bagi notis kepada pelaku untuk hadir ke pejabat dan diberikan nasihat yang sepatutnya. 


    "Kita bukan nak saman dia, ini hanya sebagai peringatan supaya perkara ini tidak berlaku kerana ia boleh membawa kepada kejadian ponteng puasa," katanya. 


    Jelas Che Sukri lagi, pendekatan itu dilakukan selepas pihaknya ,endapati ramai umat Islam di negeri itu membawa rokok di dalam poket pakaian, tetapi mendakwa berpuasa. 


    Dalam Operasi Plastik Hitam Bersendawa semalam, JAIM mengesan dua individu yang membawa rokok di dalam poket seluar dan pihaknya turut menghidu bau asap rokok serta percaya dua individu terbabit tidak berpuasa. 


    "Namun, bau itu adalah subjektif dan tindakan kompaun tidak boleh dikenakan. Malah pelaku juga memberikan alasan tidak menyedari terdapat rokok di dalam poket seluar sama yang dipakainya semalam," katanya. 


    Tinjauan di media sosial bagaimanapun mendapati, ada netizen tidak bersetuju dengan tindakan JAIM yang dianggap tidak relevan dan Taibanisme. 


    "Bab-bab begini, memang aktif sungguh ye korang. Tak payah disuruh, inisiatif sendiri sampai poket orang pun korang nak rikki," kata Samerosie. 


    "Ini sudah biadab namanya, sampai dalam poket orang pun nak check," kata FM. 


    "Bab ni memang Jabatan Agama terpaling... Kalau dia tak puasa dan tak mahu berpuasa, biaq pi kat dia la. Lainlah kalau dok merokok secara terbuka di khalayak ramai. Sudah simpan rokok dalam poket senyap-senyap, boleh pula pi raba-raba poket orang. Karut mak enon," kata Najib. 


    "Nak ambil tindakan kena ada peruntukan undang-undang. Ada ke klausa dalam Undang-Undang Islam Negeri Melaka yang memperuntukkan kuasa kepada JAIM untuk ambil tindakan terhadap sesiapa yang menyimpan rokok sebelum jam 2 petang di dalam bulan Ramadan? Adakah ianya satu kesalahan seperti yang termaktub dalam undang-undang Islam Melaka?" soal Ally. 


    "Bawa pun tak boleh? Bawa tak semestinya hisap. Talibanisme much?" kata Abu.


    Sumber: Kosmo! Online



    from The Reporter https://ift.tt/qWrZkCM
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment