Gara-gara mengelak babi, sebuah kereta yang dinaiki lima individu terbabas dan merempuh tiang elektrik dan besi penghadang jalan dalam kejadian di Jalan Melaka Pindah, tengah hari kelmarin.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan mengarahkan sepasukan anggotanya pergi ke lokasi untuk siasatan.
Siasatan awal mendapati, kesemua mangsa dalam perjalanan dari A'famosa, Simpang Ampat, menuju ke Krubong. Semasa kejadian. keadaan cuaca hujan dan jalan licin.
Menurut pemandu Proton Preve, Muhammad Nur Hakim Mazlan mendakwa dia ternampak seekor binatang dipercayai babi sedang melintas di hadapan.
Dia terus menekan brek dan mengalak tetapi keadaan jalan yang licin menyebabkan keretanya terus terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang TNB serta penghadang jalan lalu terperosok ke dalam longkang.
Akibat dari kejadian itu, Muhammad Nur Hakim cedera di tangan dan kaki kiri, manakala penumpangnya, Amirul Syahmi Mansor luka di kepala, Muhammad Zulheree Ismail luka di kepala dan muka, Mohd Syarafuddin Suharman luka di kepala dan Khairul Izwan Khairul Azhar luka di kepala dan muka.
Kesemua mangsa berusia 22 tahun dan berasal dari Johor itu berjaya dikeluarkan oleh bomba dan dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan.
Muhammad Nur Hakim juga telah hadir ke Balai Polis Trafik Alor Gajah pada hari yang sama untuk membuat laporan. Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/MLg584P
via IFTTT
No comments:
Post a Comment