loading...
  • Breaking News

    Thursday, December 1, 2022

    Budak dipercayai maut dibaham buaya di Lahad Datu



    Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan dibaham buaya, manakala bapanya cedera parah dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi di Lahad Datu, Sabah. 


    Menurut maklumat awal dari sumber, lelaki berkenaan bersama dengan anaknya sedang melakukan aktiviti mendayung perahu di kawasan laut.


    Namun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila anak lelakinya dibaham oleh buaya. Panik melihat kejadian itu, lelaki terbabit cuba menyelamatkan anaknya tetapi gagal berbuat demikian. 


    "Menurut saksi, terdapat dua orang mangsa terlibat yang sedang menjalankan aktiviti mendayung perahu di kawasan laut telah disambar buaya. 


    "Seorang mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam, manakala seorang lagi masih belum dijumpai.


    "Mangsa yang diselamatkan mengalami kecederaan parah telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya," kata sumber. 


    Setakat maklumat awal yang diterima, pihak Bomba dan Polis Marin sedang melakukan operasi mencari mangsa. 


    Foto Balai Bomba & Penyelamat Lahad Datu

    Foto Balai Bomba & Penyelamat Lahad Datu


    Video kejadian itu turut tular di media sosial yang menunjukkan si bapa berada dalam keadaan sedih dengan nasib yang menimpa anaknya. 


    Selain itu, orang awam juga sempat merakam kelibat seekor buaya yang sedang membahan sesuatu yang dipercayai adalah mangsa di perairan berhampiran kawasan kejadian. 


    Sumber: Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu



    from The Reporter https://ift.tt/8fDEszx
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment