Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada Selasa memaklumkan, masalah kekurangan bekalan telur adalah berpunca dari sikap tamak kartel telur di negara ini yang lebih mementingkan keuntungan berbanding menjaga keperluan rakyat.
"Masalah kita ini, kartel (telur). Masalahnya ialah menetapkan kepada syarikat-syarikat besar untuk menentukan harga dan pengeluaran. Mesti ada tekad politik untuk menyatakan dalam dasar ekonomi ini, kemashalatan rakyat itu diutamakan.
"Maka kita telah membuat perubahan dengan memberi keizinan import pada 15 Disember 100,000 biji telur dan mulai 22 Disember dua hingga 10 juta biji telur sehari akan dibawa masuk sehingga keadaan stabil dan keupayaan pengeluaran tempatan terjamin," katanya.
[Kemaslahatan Rakyat Perlu Dijaga, Perlu Ada Tekad Politik Utk Pulas Telinga Kartel Telur]
— Rashid Yusoff (@RashidYusoff11) December 20, 2022
Editor Berita RTM & TV3 takut nak tunjuk punca masalah telur ini adalah dari kartel…ini scene apa yg telah disebutkan oleh PM @anwaribrahim ttg punca masalah kekurangan telur di pasaran pic.twitter.com/EPuXjHYGDY
Bagaimanapun ada netizen mendakwa dua buah stesen televisyen tempatan langsung tidak menyiarkan kenyataan Anwar Ibrahim yang mendedahkan masalah telur berpunca daripada kartel. Sebaliknya, hanya menyiarkan kenyataan kerajaan membenarkan pengimportan bekalan telur dari luar pada 15 dan 22 Disember.
"Editor Berita *** dan *** takut nak tunjuk punca masalah telur ini adalah dari kartel. Ini scene apa yang telah disebut oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim tentang punca masalah kekurangan telur di pasaran," kata Rashid Yusoff.
Setakat ini Berita Pukul 1 dan Buletin 1.30 semua omit perkataan kartel telur yg disebut oleh PM @anwaribrahim punca masalah telur.
— Rashid Yusoff (@RashidYusoff11) December 20, 2022
Apa punya lekeh lah editor ni takut dgn kartel! https://t.co/B1Q0jyZoMq
Netizen juga mendesak Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil, mengkaji semula penyiaran stesen televisyen berkenaan dan memastikan ucapan Perdana Menteri disiarkan secara sepenuhnya.
"Boleh dah dan boleh sangat Fahmi Fadzil kaji balik penyiaran *** ini. Pastikan ucapan-ucapan Perdana Menteri dibuat secara penuh dan juga press conference buat secara live dan speenuhnya. Kenapa masa PM dulu boleh buat dan PM sekarang tak boleh? Lantiklah editor baru," kata Lan.
Sumber: Twitter Rashid Yusoff
from The Reporter https://ift.tt/oIp9jTQ
via IFTTT
No comments:
Post a Comment