loading...
  • Breaking News

    Wednesday, December 21, 2022

    Hadi Awang ingatkan para Jemaah Haji & Umrah tentang 'dosa besar' tak turun mengundi



    Presiden Pas, Abdul Hadi Awang hari ini memberi peringatan kepada bakal jemaah haji dan umrah tentang kewajipan mengundi dalam pilihan raya. Kegagalan berbuat demikian dianggap sebagai melakukan dosa besar. 


    Dalam surat terbuka yang disiarkan di portal lidah rasmi parti politik itu hari ini, Hadi berkata, kira-kira 98 peratus rakyat Malaysia bukan Islam telah dikerah untuk mengundi DAP dan kumpulannya, berbanding Orang Islam yang keluar mengundi hanya sekitar 60 peratus sahaja. 



    "Kira-kira 98 peratus orang bukan Islam dari seluruh negara dan pelosok dunia yang juah dikerah untuk mara mengundi bagi mendapatkan kuasa dalam tanahair kita ini dengan menyokong DAP dan kumpulannya. 


    "Malangnya, orang Islam yang keluar mengundi hanya sekitar 60 peratus, menunjukkan Orang Islam yang tidak menunaikan kewajipan mengundi walaupun alasannya kerana ibadat haji dan umrah, malah ada yang menunggu upah duit dan sebagainya. 


    "Keadaan ini dibimbangkan mereka itu melakukan dosa besar kerana telah melanggar perintah Allah SWT yang dinyatakan oleh Rasulullah SWA: "Berundur ketika musuh mara menentang Islam". 


    "Jika tugas mengundi sebagai salah satu cara yang damai pun tidak ditunaikan kewajipannya bagi menenangkan dan mempertahankan Islam serta bukannya terpaksa berperang, maka akibatnya adalah lebih besar dan lebih parah," katanya. 


    Surat terbuka yang turut dikongsikan di akaun Twitter rasmi Presiden Pas itu turut dikritik netizen yang menasihatkan beliau untuk berhenti 'meroyan' dan 'move on'. 





    Sumber: Twitter Hadi Awang



    from The Reporter https://ift.tt/dgiNbrJ
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment