Tiga hari lalu, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menggesa Muhyiddin dan sekutunya berhenti meroyan dan belajar menjadi pembangkang berwibawa.
"Muhyiddin dan sekutunya perlu berasa malu dilihat terlalu gilakan kuasa hingga sanggup mempertikaikan keputusan institusi Raja-Raja Melayu dan perlu mencontohi parti DAP yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan parti dan individu.
"Muhyiddin seolah-olah terus meroyan apabila gagal dilantik sebagai perdana menteri dan tidak sampai 24 jam kabinet angkat sumpah, Muhyiddin menuduh pembentukan kerajaan dan kabinet tertubuh atas penipuan terhadap mandat rakyat," katanya memetik laporan MalaysiaKini, 4 Disember 2022.
Selain itu, tindakan Perikatan Nasional (PN) terutamanya PAS yang berterusan menyerang DAP yang merupakan parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) untuk meraih sokongan juga dilihat tidak wajar.
Sedangkan pimpinan DAP telah memberi jaminan untuk menghormati empat perkara, termasuk kedudukan Islam dan Institusi Raja, dalam satu pertemuan antara UMNO dan DAP sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan.
"Jangan takut. Tok Mat dan Zambry bersama saya, antara tujuh individu yang bertemu dengan pemimpin DAP sebelum Kerajaan Perpaduan dibentuk.
"Soalan pertama saya (pada DAP) sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO adalah, apa pendirian mengenai Islam jika kita setuju bekerjasama dengan DAP? Bagaimana dengan kedudukan Bahasa Melayu? Apa pandangan DAP terhadap institusi Raja? Ini semua soalan yang saya tanya pada mereka.
"Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, jawab bahawa pimpinan baharu DAP akan patuh dan setuju dengan segala yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk empat perkara ini. Apa lagi soalan nak dibangkitkan?" katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro, 6 Disember 2022.
Presiden UMNO itu juga memberi jaminan kepada ahli dan akar umbi UMNO bahawa tiada apa yang perlu dibimbangkan dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan kerana beliau tidak akan menjual UMNO dan BN.
Sumber: MalaysiaKini, Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/UbdO3Dg
via IFTTT
No comments:
Post a Comment