loading...
  • Breaking News

    Monday, December 5, 2022

    Pengguna kata barang pasar raya lain lebih murah dari Mydin, Boss Mydin minta share resit pembelian



    Kenaikan harga barang yang seperti tiada kesudahan amat meresahkan para pengguna. Aapatah lagi bagi mereka yang menetap di kawasan bandar yang kos sara hidupnya tinggi.  Situasi ini bukan sahaja memberi kesan kepada golongan pengguna, malah pengguna turut menerima tempiasnya.


    Rangkaian pasar raya seperti Mydin, Econsave dan Giant antara pilihan pengguna untuk menikmati tawaran harga yang lebih rendah berbanding pasar raya lain. 


    Di Twitter, seorang pengguna mengatakan harga barangan di Econsave lebih murah berbanding pasar raya Mydin setelah dia membuat perbandingan perbelanjaan dua pasar raya tersebut.  Namun begitu, ada yang mengatakan walaupun murah, barang mentah yang dijual tidak selalunya berada dalam keadaan segar. 



    Pelbagai lagi perbandingan yang dilontarkan oleh netizen lain. Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah tweet balas dari Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin.


    “Minta Maaf kalau persepsi tuan (bahawa) Mydin lagi mahal. Boleh pm (kongsi) receipt Mydin kat saya. Mydin akan sedaya upaya buat Mydin lagi competitive. Kami di Mydin akan banding harga 200 barang asas setiap minggu di Econsave, Lotus, Ggiant - and Mydin we feel very competitive,” katanya.



    Tetapi, lelaki itu membalas bahawa ciapannya itu hanyalah sekadar pandangan peribadi sahaja.


    “Takpe tuan, no need to mohon maaf. Ini cuma pandangan peribadi saya sebagai salah seorang pembeli dan pengguna sahaja. Saya percaya Mydin ada team yang buat survey dan research mengenai perbandingan harga dengan pesaing lain,” katanya.


    Dia turut mengatakan ada beberapa barang keperluan yang perlu diberi perhatian oleh Mydin.


    “My advise, cuba fokus harga dekat segmen ini. Segmen barang yang orang akan beli setiap bulan (keperluan):


    “Barangan mandian (sabun,ubat gigi, shampoo, barangan laundry (sabun detergent liquid, serbuk, pewangi dan lain-lain, barang makanan sub ( sos cili dan lain-lain) dan barang makanan asas (ayam dan lain-lain),” katanya.


    Oleh yang demikian, kuasa membeli terletak di tangan pengguna. Pengguna perlu bijak memilih harga dan kualiti sesuatu barangan.


    Sumber: RifdiAmri



    from The Reporter https://ift.tt/qwj8fGb
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment